Euforia Bola 2026
Nur

Kadar Bayaran Fidyah TERKINI Setiap Negeri, Wajib Langsai ‘Hutang’ Dengan Allah SWT!

kadar bayaran fidyah

Pembayaran fidyah hukumnya adalah wajib dalam Islam. Jadi, kadar bayaran fidyah perlu disempurnakan mengikut bilangan hari puasa yang anda tinggalkan dan tidak sempat digantikan dengan puasa.

Amat penting untuk anda tahu bahawa sekiranya tidak dilaksanakan, ia akan menjadi satu tanggungan atau hutang kepada Allah SWT.

Baca juga: Macam Mana Cara Nak Bayar Fidyah Puasa Untuk 4 Golongan Ini? Ingatkan Tak Payah Bayar…

KADAR BAYARAN FIDYAH BAGI SELURUH NEGERI DALAM MALAYSIA

kadar bayaran fidyah

Foto: Freepik

Berikut adalah kadar bayaran fidyah mengikut negeri-negeri seluruh Malaysia:

1. Kedah: RM2.00, RM4.20, RM 6.30 (ikut jenis beras dimakan)

Gandaan : Pilihan atas kemampuan

2. Perlis: RM5.00

Gandaan : Tidak dikenakan

3. Pulau Pinang: RM1.75

Gandaan : Ya

4. Perak: RM1.90

Gandaan : Ya

5. Selangor: RM2.00, RM4.00, RM6.00 (ikut jenis beras dimakan)

Gandaan : Ya

6.Wilayah Persekutuan: RM4.00

Gandaan : Pilihan Ikut Kemampuan

7.Negeri Sembilan: RM1.75

Gandaan : Ya

8.Melaka: RM2.00

Gandaan: Ya

9. Johor: RM1.75 (*Kadar RM1.75 / RM3.25 ikut jenis beras dimakan)

Gandaan : Ya

10. Pahang: RM1.75

Gandaan : Ya

11. Terengganu: RM2.50

Gandaan : Ya

12.Kelantan: RM1.75

Gandaan : Ya

13. Sarawak: RM1.90

Gandaan : Ya

14.Sabah: RM1.90

Gandaan : Ya

Apa Itu Gandaan Fidyah?

Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan. Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2016 (1437 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2017 (1438 H) sehingga 2022 (1443 H).

Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:

Tahun pertama 1437 H hingga 1438 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadhan berikutnya.

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar

*Semoga bermafaat dan jangan lupa membayar fidyah! Tak perlu pening-pening kerana anda boleh kira berapa bayaran fidyah menggunakan kalkulator DI SINI.

Baca juga: Tak Bersetubuh Tapi Peluk Isteri Sampai Keluar Air Mani, Batal Ke Puasa? Ini Jawapannya

Sumber: Foto Freepik, Lembaga Zakat Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×