Euforia Bola 2026
Nur

Kadar Fidyah 2026 Lengkap Mengikut Negeri, Ini Cara Kira Yang Betul & Link Bayar Secara ‘Online’!

kadar fidyah 2026

Penetapan kadar fidyah 2026 oleh pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri di seluruh Malaysia bertujuan memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab bagi puasa wajib yang ditinggalkan.

Secara ringkas, fidyah merupakan denda yang dikenakan ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada) Ramadan.

Baca juga: Hukum Hantar Anak Ke Kelas Muzik Untuk ‘Upgrade Skill’, Haram Atau Boleh Dalam Islam?

KADAR FIDYAH 2026

kadar fidyah 2026

Gambar hiasan: lifeforstock

Apa itu fidyah?

Fidyah merujuk kepada bayaran denda yang wajib ditunaikan dalam situasi berikut:

  • Tidak mampu berpuasa kerana uzur berpanjangan
  • Meninggalkan puasa Ramadan tanpa qada sehingga masuk Ramadan berikutnya
  • Sengaja melengah-lengahkan qada puasa tanpa sebab syarie

Bayaran fidyah ini wajib disalurkan kepada fakir dan miskin.

Kadar fidyah 2026 setiap negeri

Kadar fidyah 2026 adalah berbeza mengikut negeri kerana ia ditentukan berdasarkan harga beras semasa di negeri masing-masing.

Berikut adalah infografik terkini Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jabatan Perdana Menteri):

kadar fidyah 2026

Anda disarankan merujuk portal rasmi negeri masing-masing untuk kadar tepat.

Baca juga: Rasa Nak Nangis Tengok ‘Seat’ Motosikal Penuh Cakaran Kucing Jiran, UAI Kata WAJIB Ganti Rugi!

CARA KIRA FIDYAH

Kadar fidyah dikira berdasarkan harga secupak beras (¼ gantang Baghdad) mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama.

Bagi mengira berapa yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah:

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar

1. Contoh kiraan:

Kadar bayaran bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1446H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM4.00.

2. Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM4.00 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun =RM16.20

Jumlah hari puasa yang wajib di qadha tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran sahaja digandakan.

Apa itu gandaan fidyah?

Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.

Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2016 (1437 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2017 (1438 H) sehingga 2022 (1443 H).

Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:

Tahun pertama 1437 H hingga 1438 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadhan berikutnya.

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar

Hukum bayar fidyah

  • Wajib ke atas individu yang memenuhi syarat
  • Menjadi hutang kepada Allah SWT jika tidak ditunaikan
  • Perlu diselesaikan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan

PORTAL BAYAR FIDYAH 2026 SETIAP NEGERI SECARA ONLINE

  1. Pahang: https://zakatpahang.my/fidyah/
  2. Johor: https://www.maij.gov.my/
  3. Selangor: https://www.zakatselangor.com.my/
  4. Negeri Sembilan: https://www.mains.gov.my/fidyah/fidyah.php
  5. Melaka: https://fidyah.maim.gov.my/
  6. Perak: https://fidyah.maiamp.gov.my/
  7. Pulau Pinang: https://www.google.com/…/zakatpenang.com/zakat-fidyah/amp/
  8. Kedah: http://fidyahkedah.gov.my/
  9. Perlis: https://www.maips.gov.my/
  10. Kelantan: https://efidyah.e-maik.my/
  11. Wilayah Persekutuan: https://www.zakat.com.my/
  12. Terengganu: https://app3.maidam.gov.my/fidyah/
  13. Sabah: https://baitulmal.sabah.gov.my/
  14. Sarawak: https://www.tbs.org.my/

Baca juga: Penting! Permohonan Visa Umrah Ditutup 19 Mac 2026, Ini Tarikh Masuk & Keluar Bakal Jemaah Perlu Tahu

Sumber: Jabatan Wakaf Zakat & Haji / e-Central

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×