Ibu bapa mana yang tidak sedih melihat anak mereka yang masih bayi menderita penyakit yang kronik bukan? Itulah yang dihadapi oleh sepasang suami isteri apabila anak mereka berusia 6 bulan menderita Penyakit Hemangioma dan Sindrom Budd Chiari yang menyebabkan perut besar hingga 52 sentimeter.
Bukan itu sahaja, perutnya membesar lebih iaitu 44 sentimeter berbanding sebelum ini!
Baca juga: Wabak Kusta Kembali ‘Menghantui’, Cetus Satu Kematian Di Kuala Pilah, 8 Kena Jangkitan!
BAYI 6 BULAN PERUT BESAR SEHINGGA 52CM!

Foto: Harian Metro
Menurut laporan dari Harian Metro, Wan Niyaz Mukhriz yang merupakan anak kedua kepada pasangan Farah Nadia Khalid, 32, dan Wan Hibatul Haziq Habib, 27, turut disahkan doktor mengalami masalah jantung tersumbat.
Ibu bayi tersebut Farah Nadia berkata, sepanjang kehamilan, bayinya menunjukkan perkembangan baik, namun ketika hendak melahirkan, doktor mengesan perut bayi sedikit membesar.
“Selepas dilahirkan, bayinya dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU) sebelum disahkan menghidap hemangioma.
“Selepas sebulan keluar dari NICU, anak saya disahkan pula menghidap sindrom budd chiari atau pembuluh darah di hati tersumbat,” katanya yang tinggal di Rumah Rakyat Pengkalan Durian Linggi, Port Dickson.
Farah Nadia yang juga suri rumah berkata, doktor tidak pasti sama ada perut anaknya akan membesar dan ketika ini di bawah pemantauan serta rawatan susulan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dan Hospital Serdang.
Katanya, anaknya kini perlu makan dua jenis ubat bagi masalah jantung dalam bentuk cecair serta minum susu khas setiap hari yang berharga RM112 satu tin 800 gram.
“Sekarang doktor hanya pantau keadaan anak, sekiranya boleh menjejaskan nyawa, mungkin pembedahan akan dibuat.
“Saya juga ikhtiar dengan membuat rawatan alternatif dan mendapatkan maklumat daripada pakar perubatan lain.
“Bagaimanapun, sehingga kini tiada doktor yang berjaya merawatnya. Saya ada hubungi beberapa hospital swasta, tapi tiada lagi yang bersedia terima kes ini,” ujarnya.
Oleh itu, buat orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan ke akaun Maybank 155042058009 (Farah Nadia Khalid) atau menghubungi di talian 010-291 0059. Semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan…
Baca juga: Awalnya Ingat Hanya Sakit Bahu, Anak Amyza Aznan Disahkan Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3!
Sumber: Harian Metro
