Euforia Bola 2026
Famili

Kanak-Kanak 10 Tahun Tercekik Gula-Gula Gummy Mata Disahkan Meninggal Dunia…

GUMMY MATA

Media tempatan sebelum ini ada melaporkan satu berita mengenai seorang kanak-kanak lelaki berada dalam keadaan kritikal selepas tercekik gula-gula gummy mata ketika berada di sekolah KAFA.

Namun khabar duka menimpa seluruh ahli keluarganya apabila Mohamad Fahmi disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 malam, Khamis.

Baca juga: Bapa Budak Tercekik Gummy Mohon Doa Orang Ramai, “Luluh Hati Saya Tengok Dia Tenat…”

KANAK-KANAK TERCEKIK GUMMY MATA MENINGGAL DUNIA

GUMMY MATA

Berita hiba ini disahkan oleh ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33 tahun.

“Fahmi (Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin) menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11 malam tadi. Dia meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP),” ujarnya pendek.

Mohamad Fakhruddin Mohamad Fikri, bapa kepada Fahmi memberitahu bahawa dia reda dengan pemergian ini walaupun terlalu cepat.

“Fahmi hembus nafas terakhir di sisi ibu dan baba. Kami beritahu reda jika dia hendak pergi, dan dia pergi dengan tenang selepas isteri saya bisik kalimah syahadah di telinganya. Saya reda walaupun secepat ini dia ‘pergi’, sekurang-kurangnya dia tidak lagi menanggung kesakitan.” katanya.

Tambahnya lagi, anak lelakinya itu ‘pergi’ dalam keadaan yang cukup tenang seolah-olah sedang tidur dan ada air mata bertakung di matanya.

Jenazah Mohamad Fahmi dijangka akan dibawa pulang ke di Permatang Binjai, Penaga selepas urusan bedah siasat selesai dilakukan.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai keadaan kanak-kanak terbabit yang kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP .

Kanak-kanak itu dikatakan rebah di Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa), di Sungai Dua, Butterworth, kira-kira 2.30 petang Selasa.

Diharapkan seluruh ahli keluarga kuat menempuh ujian daripada Allah SWT dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Baca juga: Adat Perkahwinan Melayu Berbeza Dengan Sunnah Islam, Amalkan Yang Betul Baru Bahagia…

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×