Media semalam melaporkan satu berita hiba di mana seorang kanak-kanak lelaki tercekik gummy mata ketika berada di sekolah KAFA.
Mohamad Fakhruddin Mohamad Fikri, bapa kepada Mohamad Fahmi memohon doa orang ramai agar anak sulungnya kembali pulih.
Baca juga: Ajaibnya Waktu Badan Manusia ‘Bekerja’, Rupanya Buang Air Besar Lebih Sesuai Ketika ….
ANAK TERCEKIK GUMMY MATA, BAPA MOHON DOA ORANG RAMAI
Tambahnya, sehingga kini Muhamad Fahmi masih tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif dan doktor sedang berusaha merawatnya.
“Mohon doakan kesejahteraan anak sulung saya, dia sedang tenat. Semoga ada keajaiban untuknya. Doktor beritahu pasukannya sedang berusaha merawat dan jika tiada perkembangan, mereka akan hentikan pemberian ubat bagi melihat perkembangan seterusnya.
“Luluh hati saya, seorang anak yang ceria tiba-tiba dalam keadaan begini. Pada masa ini, kami sekeluarga hanya mampu berdoa dan berserah kepada kuasa Allah SWT,” ujarnya.
Tragedi yang menimpa cahaya mata sulung ini pastinya satu berita yang mengejutkan buat seluruh ahli keluarga. Dia masih berada di Hospital Pulau Pinang dan tidak pulang ke rumah bagi menantikan khabar gembira.
Setiap kali mencuba untuk lelap seketika dia akan terjaga kerana seolah-olah terdengar Muhamad Fahmi sedang memanggilnya.
“Betul dan jelas kedengaran Muhamad Fahmi panggil saya, ‘baba’, seketika kemudian barulah tersedar ia hanya mimpi atau perasaan saya,” luahnya.
Dia tidak menyalahkan mana-mana pihak disebabkan tragedi yang menimpa dirinya ini tetapi ada sedikit kekesalan apabila warganet menyalahkan si anak kerana membeli gummy berkenaan.
“Kami sudah menderita menanggung semua ini, cukuplah beri ulasan negatif, malah ada yang menyalahkan anak saya. Muhamad Fahmi tidak tahu apa-apa dan tidak tahu perkara ini akan berlaku,” katanya.
Baca juga: QAYLA Dieja QHAIYLA & MIKAIL Jadi MIQAIEL, Cikgu Sekolah Naik Pening Nak Tulis Nama Murid!
Sumber: Harian Metro
