Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita kematian kanak-kanak berusia 10 tahun akibat tercekik gummy berbentuk mata. Kes ini membuka mata ibu bapa di luar sana kerana rata-rata masih tidak tahu mengenai bahaya gula gula gummy yang dijual di luar.
Public Health Malaysia menerusi hantaran di Facebook ada kongsikan beberapa risiko sekiranya kanak-kanak makan gula-gula gummy tanpa pengawasan.
Baca juga: Ajaibnya Waktu Badan Manusia ‘Bekerja’, Rupanya Buang Air Besar Lebih Sesuai Ketika ….
BAHAYA GULA GULA GUMMY UNTUK KANAK-KANAK

Freepik
Gula-gula gummy boleh membahayakan terutamanya kepada kanak-kanak kerana:
1. Tekstur licin dan kenyal
Gula-gula ini mempunyai tekstur yang licin dan kenyal di mana menjadikannya sukar untuk dikunyah sepenuhnya. Ini boleh meningkatkan risiko gummy tergelincir ke dalam saluran pernafasan tanpa sengaja.
2. Bahaya gula gula gummy – saiz besar berbanding mulut kanak-kanak
Kebanyakan gula-gula gummy direka dalam saiz yang agak besar dan jika semuanya dimasukkan ke dalam mulut, boleh menyebabkan kesukaran untuk mengunyah atau menelan dengan selamat.
3. Penyedal saluran pernafasan
Bahaya gula gula gummy yang seterusnya adalah jika gula-gula ini tidak dikunyah dengan betul, akan tersangkut di dalam tekak dan menyekat saluran pernafasan. Hal ini boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
4. Mudah tertelan
Bahaya gula gula gummy selanjutnya adalah teksturnya yang lembut dan kenyal membuatkan kanak-kanak boleh tertelan secara tidak sengaja sebelum dikunyah dengan sempurna.
Ini boleh menyebabkan risiko tercekik terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang belum pandai cara mengunyah dengan betul.
Menerusi laman Facebook milik Mohd Fadli Salleh, difahamkan bahawa gula-gula gummy ini mengandungi gelatin haiwan seperti lembu atau babi.
Jika gelatin berasaskan babi, sudah pastinya haram dimakan untuk umat Islam. Namun jika gelatin lembu, adakah ia disembelih mengikut hukum Islam?
Diharapkan agar pihak berkuasa bertindak dengan segera dalam menangani penjualan gula-gula gummy ini terutamanya di sekitar kawasan sekolah.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Saksi Selisih Ibu Zayn Rayyan 2 Kali Pada Hari Kejadian, Pakaian & Tudung Berubah Selang 20 Minit
