Majlis keramaian merupakan medan berkumpulnya masyarakat setempat untuk memenuhi tujuan ia diadakan. Malah, ia memberi peluang kepada tuan rumah untuk membuat kebaikan seperti berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturrahim.
Namun, majlis sebegini juga boleh berhadapan dengan situasi kurang ‘enak’ apabila tetamu yang hadir tidak mengaplikasikan adab yang dituntut dalam Islam. Antara situasi yang sering dilakukan para tetamu majlis adalah duduk semula di tempat mereka setelah selesai menjamu selera.
Baca juga: Hukum Cakap Tak Best Atau Suami Tak Pandai Layan Masa ‘Bersama’, Berdosa Jika Suami TERASA HATI!
MAJLIS KERAMAIAN

Isu ini secara tidak langsung telah memberi kesempatan kepada Ustaz Azhar Idrus di hantaran medial sosialnya, untuk memberi penjelasan mengenai larangan duduk selepas makan jamuan.
Baca juga: Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Ramadan 2025, Seluruh Negeri Di Malaysia! (Lengkap)
“Benarkah kalau kita telah selesai makan kenduri kita dilarang duduk lagi berbual-bual di meja makan?”
Siapa yang telah selesai makan kenduri maka hendaklah dia bangun dan beredar pulang kerana memberi ruang kepada tetamu yang lain pula untuk duduk dan makan dan iaitu adab yang dipuji syarak.
Jika dia duduk lagi padahal sudah selesai dari makan dan minum, maka perbuatannya itu adalah menyalahi adab kerana ia memberatkan tuan rumah.
Hal ini disebabkan, dia kekal pada tempat duduknya dan akan menyukarkan tetamu lain yang hendak duduk lebih-lebih lagi kalau kerusinya tidak banyak atau rumah jamuan itu tidak besar.
Melainkan, duduk sekejap menegur sapa tetamu yang lain atau diminta oleh tuan rumah supaya tidak cepat balik atau seumpamanya, maka hukumnya adalah harus.
Baca juga: Cara Bersihkan Air Mani & Mazi Pada Cadar Atau Kain, Nak Solat Nanti Tak Ada Rasa Waswas!
Penjelasan dari para ulama Islam
1. Berkata Syeikh Ali-Sobuni:
“Menunjuklah oleh firman Allah Taala: Maka apabila kamu sekelian telah selesai memakan makanan yang dihidangkan maka beredarlah kamu sekelian atas kemestian keluar dari tempat kenduri selepas memakan akan makanan yang dihidangkan.
“Dan inilah setengah daripada adab yang baik dalam Islam yang telah mengajarnya oleh Allah dengannya akan sekelian orang beriman.
“Maka, perbuatan masih tidak beredar dan duduk sahaja selepas makan itu tidaklah haram akan tetapi sungguhnya ia menyalahi akan adab yang dianjurkan dalam Islam kerana padanya memberatkan atas tuan rumah.
“Apatah lagi kalau tuan rumah hanya mempunyai sebuah sahaja rumah, melainkan jika dia terus duduk tidak beredar itu dengan izin tuan rumah kenduri atau dengan permintaannya atau adalah duduknya selepas makan itu sekejap sahaja sekadar bertegur sapa sesama manusia yang tiada sampai memberatkan yang dicela.
“Dan serta yang demikian itu maka yang lebih afdhal ialah keluar dari majlis. Kerana inilah digunakan huruf fa’ yang memberi makna tertib dan berturutan Iaitu firman Allah: فانتشروا yang membawa makna maka apabila telah selesai makan hendaklah beredar pula meninggalkan majlis.” (Kitab Tafsir Rawai’ Al-Bayan)
Baca juga: Timbul Rasa JEMU Pada Pasangan? Jangan Tewas Dulu, Ini Doa Terbitkan Kembali Rasa Cinta!
Baca juga: Hukum Anak Angkat Lelaki Yang Tidak Disusukan, INGAT Tak Boleh Cium Jenazah Ibu
2. Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili:
“Wajiblah beredar dan keluar dari rumah yang buat kenduri itu dan pergi ke tempat lain selepas makan akan hidangan dan selepas selesai maksud datang iaitu makan dan seumpamanya
“kerana firman Allah Taala: Maka apabila kamu sekelian telah memakan akan makanan yang dihidangkan maka beredarlah kamu sekelian. Dan yang dikehendaki dengan suruh beredar itu ialah wajib keluar dari tempat jamuan ketika telah selesai maksud daripada makan.” (Kitab Tafsir Al-Munir)
Wallahua’lam.
Baca juga: Selain Solat Sunat Sebelum Subuh, Ini Tips Terbaik Jadikan Dhuha & Isyraq Sebagai Rutin Harian!
Sumber: Ustaz Azhar Idrus
FT Image: Siti Haidatina
