Bagi anda yang pertama kali ingin membuat rumah terbuka atau jamuan makan secara kecil-kecilan, tetapi tidak tahu sukatan bahan berapa banyak, artikel kali ini punya jawapannya!
Perkongsian dari Suhasnida Ismail sangat membantu bagi beginner untuk bajet makanan jamuan supaya tetamu cukup makan dan tidak berlakunya pembaziran. Jom ikut formula di bawah!
Baca juga: Resipi Kuah Lodeh Lontong Berlemak Istimewa, Dapat Yang Ini Tak Henti Menghirup!
SUKATAN BAHAN MAKANAN RUMAH TERBUKA UNTUK ‘BEGINNER’

Gambar: Suhasnida Ismail
Nak buat Rumah Terbuka tapi tak tahu nak masak berapa banyak? Ini sukatan untuk 30-50 orang!
Aku selalu dapat soalan nak kena masak berapa banyak kalau tetamu sekian sekian. Bagi mereka yang mahir tak jadi masalah, untuk beginner ini mereka tak tahu.
Jadi aku kongsi serba sikit panduan bagi mereka yang nak buat open house atau makan-makan secara kecil-kecilan (30-50 orang)
Baca juga: Cara Buat Lemang Kukus Pakai Daun Pisang, Lebih Mudah & Tak Perlu Susahkan Diri Cari Buluh!
1. Nasi (Putih / Minyak / Arab)
- 1 orang: ½ cawan beras (±90g)
- 20 orang: ±2 kg beras
- 50 orang: ±5 kg beras
1kg beras dapat 3kg nasi.
Kalau buat banyak menu, 1kg beras boleh makan 10-18 orang. Tapi menu nasi sahaja, boleh makan 10 orang!
2. Ayam (Masak Merah / Percik / Goreng)
- 1 orang: 1 ketul sederhana
- 20 orang: 2 ekor ayam (potong 10–12)
- 50 orang: 5 ekor ayam
Jika ayam kecil gandakan, kalau ayam 2kg dah ngam. Dan tengok juga ada menu lain tak.
Tak ada menu lain kena lebihkan portion. Kalau banyak menu lain contoh laksa,bihun,soto bakso dan sebagainya, cukup dah tu. Adjust nanti ikut keperluan.
3. Daging (Rendang / Kurma / Gulai)
- * 1 orang: ±100g
- * 20 orang: ±2 kg
- * 50 orang: ±5 kg
Menu berkuah, 1kg daging boleh makan 10 orang. Tapi menu daging sahaja dan tak ada lauk lain, 1kg tu boleh makan 5 orang saja.
Baca juga: Resipi Nasi Tomato Versi Cepat, Set Lengkap Sekali Ayam Masak Merah & Acar Mentah!
4. Mee / Bihun / Kuetiau Goreng
- 1 orang: ±80–100g mee mentah
- 20 orang: ±2 kg
- 50 orang: ±5 kg
5. Sayur (Campur / Acar / Ulam)
- 1 orang: ±50g
- 20 orang: ±1–1.5 kg
- 50 orang: ±3–4 kg
6. Air Minuman (Sirap / Teh Ais / Air Buah)
- 1 orang: 1.5 cawan (±300ml)
- 20 orang: ±6–8 liter
- 50 orang: ±15–18 liter
7. Kuih / Pencuci Mulut
- 1 orang: 2–3 biji kecil
- 20 orang: ±60 biji
- 50 orang: ±120–150 biji
Baca juga: Resipi Soto Ayam Kuah Pekat & Penuh Rasa Rempah, Ini Bukan Sup Biasa-Biasa!
TIP EKSTRA MAK-MAK:
- Buat extra 10–15% untuk “top-up” sebab selalu ada yang tambah makan. Kalau banyak menu, orang akan ambil serba sikit sahaja.
- Kalau ada kanak-kanak ramai, kurangkan portion nasi atau sayur, tapi lebihkan kuih dan air.
- Bagi menu berkuah pastikan cukup mangkuk, senduk dan tisu (kadang itu yang selalu kurang)
Baca juga:
Nasihat untuk tetamu:
Kepada para tetamu, jangan membazir bila makan. Ambil sikit sikit dulu, takcukup baru tambah.
Ingatkan anak-anak, ambil apa nak makan sahaja, jangan membazir sebab tuan rumah keluarkan duit untuk meraikan tetamu. Jadi, bersyukur kita diajak dan jadi salah seorang tetamu mereka.
Hormat tuan rumah yang bersusah-payah sediakan makanan. Sedih hati tuan rumah kalau tengok dalam tong sampah banyak lebihan makanan yang elok lagi tapi dibuang.
Beringat-ingat kita, jaga adab sebagai tetamu.Inshaallah ada keberkatan nanti.
Baca juga: Biskut Badam Coklat Guna 2 Bahan, Rangup Dan Pastinya Enak Rasa Coklat Premium!
Sumber: Suhasnida Ismail
Ft Image: Suhasnida Ismail / Sinar Harian
