Mentega atau butter adalah bahan penting dalam dunia masakan dan ‘baking’, memberikan rasa kaya dan tekstur lembut pada pelbagai hidangan. Paling popular di pasaran adalah jenama mentega Buttercup namun ramai yang keliru sama ada nak beli jenis Buttercup dalam saiz tong atau saiz buku.
Hal ini kerana, ada yang mengatakan kedua-dua saiz ini akan memberikan rasa yang berbeza kepada masakan anda. Jadi, berikut merupakan cara untuk pilih yang mana bersesuaian.
Baca juga: Oven Rosak Bukan Masalah Nak Buat Biskut Raya, Jom Buat 11 Biskut Ini, Tak Perlu Bakar Pun!
BEZA JENIS BUTTERCUP DALAM TONG DAN BUKU
1. Buttercup Tong

Foto: Yumi Food Bakery
-Diperbuat daripada minyak sawit yang rendah dengan kandungan lemak susu.
-Mempunyai rasa yang masin.
-Boleh disimpan dalam suhu bilik saja (tak terlalu panas).
-Sangat sesuai untuk buat kek atau kuih.
-Hasil kuih jadi tak mudah rapuh.
2. Buttercup Buku

Foto: Shikazo Bakes
-Diperbuat daripada minyak sawit yang tinggi dengan kandungan lemak susu.
-Mempunyai rasa yang berlemak.
-Perlu disimpan dalam chiller supaya tahan lama.
-Sesuai untuk buat biskut atau sapuan pada roti.
-Jadikan biskut yang dibakar menjadi wangi.
Oleh itu, terpulang kepada kemahuan dan kegemaran masing-masing dalam memilih Buttercup yang mana. Ada orang suka biskut atau kuih yang rangup, ada juga yang tidak. Jadi, bagi mengelakkan untuk anda kecewa dengan hasil kuih raya atau biskut yang dibuat, pastikan untuk pilih saiz Buttercup yang betul ya!
Baca juga: Beri Satu Sudu Mentega Selepas Makan Malam Rupanya Boleh Bantu Si Kecil Tidur Lena , Baru Tahu!
Sumber: Foto Shikazo Bakes, Foto Yumi Food Bakery, Tiktok @ainrohmat
