Euforia Bola 2026
Asuh

Beri Satu Sudu Mentega Selepas Makan Malam Rupanya Boleh Bantu Si Kecil Tidur Lena , Baru Tahu!

unsalted butter untuk bayi

Baru-baru ini, seorang ibu dan pengguna TikTok @amiyryuu berkongsi bahawa dia memberi bayinya satu sudu mentega setiap kali selepas makan malam. Ternyata, ramai yang terkejut kerana tidak biasa dengan kaedah beri unsalted butter untuk bayi yang diamalkan oleh ibu tersebut.

Ini mungkin salah satu ilmu yang baharu buat ramai ibu bapa yang menganggap bahawa butter atau mentega itu bahaya, namun sebenarnya bayi juga elok disuap makan mentega tulen selain makanannya dimasak menggunakan bahan itu.

Baca juga: Permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme Dibuka, Ini Cara Nak Dapat RM500

IBU KONGSI KEBAIKAN BERI UNSALTED BUTTER UNTUK BAYI, BARU TAHU!

unsalted butter untuk bayi

Foto: Freepik

Menurutnya, pemberian satu sudu mentega kepada bayi selepas makan malam boleh merangsang tidur yang lena dan membantu perkembangan otak si kecil. Katanya juga, hal ini kerana mentega mempunyai lemak sihat yang sangat bagus untuk otak bayi. Namun, diingatkan kepada ibu bapa semua, ada jenis mentega yang anda kena pilih iaitu:

-Mentega TANPA kandungan garam atau;
-Mentega organik diperbuat dari susu lembu yang makan rumput sihat
-BUKAN ‘Butter Blend’ atau marjerin

Bukan itu sahaja, ibu ini juga telah berkongsi tangkap layar carian Google yang menyenaraikan kandungan mentega yang bagus buat bayi iaitu:

-Lemak sihat untuk perkembangan otak
-Kalori bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi
-Kolestrol diet yang melindungi sel usus dan menyokong pencernaan
-Vitamin A yang membantu membina sistem imun, selain memastikan penglihatan dan kulit yang sihat
-Vitamin E membantu kesihatan jantung

Di samping itu, diingatkan juga bayi dengan alergi tenusu tidak boleh mengambil mentega.

KANAK-KANAK KURANG LEMAK SIHAT BERI KESAN BURUK

Tahukah anda bahawa kekurangan asid lemak tertentu ketika kecil boleh memberi kesan kepada kematangan sistem saraf pusat, termasuk perkembangan visual dan kecerdasan otak. Di samping itu, kajian mendapati bahawa kanak-kanak kecil yang mengambil diet dengan lemak kurang 30% mungkin tidak mendapatkan keperluan diet tenusu yang disarankan.

Menurut Healthline, mengehadkan pengambilan lemak tidak digalakkan bagi kebanyakan bayi dan kanak-kanak kecil. Sebaliknya, mereka perlu mendapatkan separuh daripada kalori harian mereka daripada lemak, iaitu kira-kira 500 kalori bagi bayi berusia satu tahun.

Mengurangkan pengambilan lemak kepada 30% daripada kalori yang diambil boleh dilakukan selepas usia dua tahun, namun kebaikannya masih belum dibuktikan.

@amiyryuu mommy daddy tahu tak? butter sangattt bagus untuk perkembangan dan pertumbuhan baby? 😍 sebab butter mempunyai lemak sihat yang sangat bagus untuk otak baby tau! 🧠✨ pilih butter yang unsalted dan untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas tak boleh makan butter banyak banyak ye! 🤭 #fyp #foryouyoupage #foryoupage #masukberanda #masukberandafyp #abcxyz #xyzabc #xyzbcafypシ #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚ #masukfyp #foryou #parents #baby #babiesoftiktok #momtok #momsoftiktok ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

*Boleh cuba untuk anak-anak anda!

Baca juga: Murid Darjah 2 BUTA Kedua-Dua Belah Mata Akibat Kerap Makan Sosej & Nuget, Kurang Vitamin A

Sumber: Healthline, Tiktok @amiyryuu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×