Euforia Bola 2026
Dapur

Koleksi Resepi Kuih Frozen Simple & Paling CEPAT Masak, Sesuai Buat ‘Stok’ Berbuka & Sahur!

kuih frozen

Selain menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadan, juadah berbuka juga menjadi antara momen istimewa yang mengeratkan hubungan keluarga. Salah satu hidangan yang wajib ada adalah kuih-muih tapi tak semua orang sempat untuk menyediakannya dan memilih untuk membeli kuih frozen.

Sebenarnya, tak perlu beli kerana anda boleh sediakan pelbagai jenis kuih sejuk beku ini di rumah dalam masa yang singkat serta sedap menggunakan resipi di bawah. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Kuih Bakar Pandan Versi Guna Pengisar, Manis Berlemak & Lembut Kejadiannya!

10 RESEPI KUIH FROZEN YANG CEPAT MASAK DAN MUDAH DIBUAT

1.COQ BADAK

kuih frozen

Doh sama seperti resepi cucoq gelang tapi tanpa gula.

Inti :
– Kelapa Parut Putih
– Cili Kering (kisar atau tumbuk)
– Udang Kering (rendam & tumbuk)
– Jintan Manis (tumbuk)
– Serai (hiris & tumbuk)
– Buah Keras (tumbuk)
– Bawang Merah & Putih (tumbuk)
– Gula Melaka
– Garam
– Minyak

1. Panaskan minyak
2. Tumis cili, udang, bawang, jintan, serai, buah keras hingga wangi & garing.
3. Masukkan kelapa, gula & gaul sebati kemudian masukkan garam.
4. Cukupkan rasa inti yang ada pedas berempah & lemak-lemak manis kemudian sejukkan.
5. Ambil doh keledek, leperkan, sudukan inti kelapa & bulatkan|bentukkan.
6. Bakar 180c x 10 minit, tunggu sejuk & simpan beku.

2.KARIPAP

kuih frozen

– 2 1/2 cawan tepung gandum (Bakers Choice)
– 1/2 cawan butter (Anchor)
– 1/2 cawan air sejuk
– 1 tsp garam
– Inti secukupnya

1. Satukan tepung & butter kemudian gaul hingga menjadi serbuk roti.
2. Masukkan garam & air kemudian uli hingga mendapat doh yang tidak melekat pada tangan|bekas.
3. Bahagikan doh kepada 2 atau 3 bahagian, masukkan ke dalam plastik, gulung sedikit & simpan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 20 – 30 mins.
4. Keluarkan- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, canai, sudukan inti kegemaran & bentukkan samada menggunakan acuan atau kelim.
5. Panaskan minyak, goreng karipap yang telah siap dibentuk lebih kurang 2 minit (untuk matikan tepung) ATAU bakar dalam oven 4 – 5 mins.
6. Tunggu sejuk terlebih dulu & susun dalam bekas bertutup.

3.POPIAH SAYUR

-Kulit Popiah

Hiris memanjang :
– Sengkuang
– Carrot
– Timun (buang bahagian tengah|biji)
– Black Fungus Mushroom (rendam hingga lembut)
– Taukua (goreng dulu)

– Bawang Putih (ketuk)
– Serbuk Lada Putih
– Garam
– Minyak (untuk tumis & goreng)
– Sedikit Air

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih.
2. Masukkan sedikit air & apabila didih, masukkan sengkuang, carrot & mushroom terlebih dahulu hingga sedikit layu (masak).
3. Masukkan timun, garam & lada putih (boleh tambah mushroom or chicken seasoning & bijan sangai jika suka).
4. Masak hingga sebati & tos hingga kering air.
5. Letak sekeping kulit popiah di atas tray.
6. Sudukan sayur & letakkan taukua goreng secara memanjang & lipat kemas.
7. Gam di bahagian hujung kulit popiah dengan air bancuhan tepung.
8. Susun popiah yang telah siap digulung dengan berlapikkan paper cup untuk setiap popiah ke dalam bekas bertutup.

Sos bawang putih:

– Cili Kering (segenggam)
– 1 labu Bawang Putih
* Bawang Putih ye, bukan LABU
– 2 keping Asam Keping
– Gula Melaka
– Garam

1. Rebus cili & blend hingga halus bersama bawang putih
2. Masukkan ke dalam pot kecil kemudian masukkan asam keping, gula serta garam
3. Guna api kecil & reneh hingga masak
4. Cukupkan rasa pedas, masam, manis & masin
5. Jika terlalu cair, masukkan bancuhan tepung untuk pekatkan sos
6. Kepekatan sos terpulang pada kesukaan masing-masing

4.CUCOQ GELANG

– Ubi Keledek Oren (rebus & lenyek)
– Tepung Gandum
– Telur
– Gula
– Garam

1. Satukan kesemua bahan, bentukkan kemudian susun dalam tray pembakar.
2. Bakar 180c x 10 minit dengan oven atau air-fryer.
3. Tunggu sejuk, simpan dalam bekas.

5.CEKODOK AYAM | NUGGET AYAM

– Isi Ayam (lebih sedap bahagian peha)
– Serbuk Lada Putih
– Telur
– Gula & Garam
– Minyak Bijan atau Minyak Bawang Putih
– Bawang, Jagung, Carrot & Daun Bawang, Cili Merah, Cendawan atau sayur lain yang bersesuaian
– Ais

1. Kisar kesemua bahan kecuali sayur
2. Masukkan sayur & gaul sebati
3. Berus acuan tahan panas dengan minyak, sudukan isi ayam & kukus
4. Tunggu sejuk, simpan dalam bekas bertutup

6.DONUT

– 175g Air Suam
– 2 sdbMinyak
– 1 Telur
– 2 sdb Gula Perang
– 6g Dried Yis

1. Dalam mangkuk, masukkan kesemua ingredients
2. Kacau sikit guna whisk & masukkan

– 310g Tepung HPF (sebarang brand)
– 1/2 tsp Baking Powder
– Garam

1. Gaul sebati & perap 30 mins (tutup bekas dengan pinggan)
2. Lepas 30 mins, buat teknik lipat 4 penjuru stretch & fold
3. Perap lagi 30 mins
4. Tabur tepung di atas papan pencanai & bentukkan
5. Goreng dengan api perlahan selama 2 minit & tos
6. Susun dalam bekas bertutup & sejuk bekukan

7.ROTI GULUNG SOSEJ

– Roti Sandwich
– Sosej (Celur terlebih dulu) atau inti sardin tumis atau tuna
– Bancuhan tepung & air sebagai gam

1. Ambil sekeping roti kemudian canai hingga nipis (kedua-dua belah)
2. Letak sebatang sosej & gulung kemas
3. Gam pada bahagian hujung roti supaya tidak terbuka apabila digoreng nanti
4. Susun dalam bekas & sejuk bekukan

8.FUCUK AYAM GULUNG

-Fucuk (rendam hingga lembut)

Bahan kisar:

– Isi Ayam
– Telur
– Bawang Merah
– Minyak Bijan
– Serbuk Lada Sulah
– Gula Garam

Kisar kesemua bahan & tambahkan sayur di bawah
-Carrot, Daun Ketumbar & Cili Merah (hiris|dadu kecil)

1. Gunting fucuk supaya mudah digulung (rectangle).
2. Sudukan isi ayam ke atas fucuk (memanjang) & gulung kemas-kemas.
3. Susun dalam bekas & bekukan.
4. Lagi bagus simpan dalam bekas bertray supaya air ayam dapat diasingkan dari fucuk.
*Ayam & fucuk bersifat basah & akan mengeluarkan air lebihan

9.ROTI GULUNG SARDIN

– 100g Mentega/Margerin (double boil untuk cairkan & ketepikan)
– 500g Tepung Gandum Bakers Choice
– 1sdt Garam
– 200ml Air Panas
– Inti (Sardin tumis bawang)

1. Gaul tepung bersama mentega, garam & air panas kemudian uli hingga adunan tidak melekat pada tangan.
2. Bentukkan & goreng lebih kurang 2 minit.
3. Tunggu sejuk, simpan/bekukan.

10.TUNA PUFF

– Puff Pastry
– 1 tin Tuna (Tuna in mineral water)
– Bawang Holland (potong dadu)
– Lada Hitam (separa hancur)
– Mayonis
– Garam

1. Satukan tuna (ambil isi sahaja), bawang, lada hitam, mayonis & garam.
2. Gaul sebati & sudukan ke atas sekeping puff pastri.
3. Lipat pastry, tekan bahagian tepi pastry menggunakan hujung jari atau garfu.
4. Sedia untuk dibekukan.

*Selamat berbuka!

Baca juga: Resepi Kuih Lompang Versi Mak-Mak, Terhasil Kenyal Elok ‘Lesung Pipit’ Tengah Kuih

Sumber: Shah Suzanna Shafiee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×