Melakukan aktiviti rekreasi di kawasan air terjun menjadi pilihan ramai untuk suasana yang lebih rileks dan sejuk. Antara lokasi kawasan air terjun yang pernah menjadi pilihan ramai terutama yang berada di Utara adalah Air Terjun Lata Bukit Hijau.
Namun, hari demi hari, kawasan air terjun ini sering ‘dimomokkan’ dengan cerita-cerita mistik apabila ramai yang mengatakan akan ‘diganggu’ oleh penunggu misteri di kawasan tersebut.
Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!
WAJAH BENGKAK MACAM NENEK KEBAYAN DISYAKI ‘DIGANGGU’ DI AIR TERJUN LATA BUKIT HIJAU?

Seperti perkongsian yang tular di laman Tiktok milik @syifaaffann94, apabila dia menunjukkan bukti wajahnya menjadi bengkak selepas beberapa minit sahaja mandi air terjun tersebut. Dalam perkongsian itu juga, wanita ini menyatakan bahawa dirinya salah kerana bergurau dengan anak kononnya nampak dua buah rumah nenek kebayan di kawasan air terjun tersebut.
Oleh kerana gurauan tersebut, wajahnya pun bertukar menjadi berkedut dan bengkak seolah-olah wajah seorang nenek kebayan!
Menjengah ke ruangan komen, agak berbeza pula dengan pandangan netizen apabila ada yang mengatakan bahawa punca wajah bengkak itu adalah pokok rengas. Kawasan lata Bukit Hijau ini dikatakan penuh dengan pokok rengas yang terkenal dengan getah pokok yang beracun.
Ada netizen yang menyatakan bahawa bahanya pokok ini untuk orang yang berkulit sensitif, walaupun lalu di bawahnya sahaja akan membuatkan kulit rasa panas dan gatal-gatal.
Dalam pada itu, ada juga dalam kalangan netizen yang mempunyai pengalaman seram sama seperti wanita ini ketika berkunjung Lata Bukit Hijau. Mereka turut menasihatkan orang ramai yang teringin untuk datang ke sini untuk menjaga pertuturan dan jika ada rasa tidak sedap hati, maka tinggalkan sahaja kawasan berkenaan.
@syifaaffan94 Replying to @zahirah.irah2 rasa mmg Salah kami sbb awal tu melawak ngan anak sbb atas tu ad 2 biji rumah kayu lama.. saja usik kata tu rumah nenek kebayan…. last2 anak kata muka mama mcm nenek kebayan.. so jadikan pengajaran.. jngn cakap pelik2..walaupun niat nk begurau bila masuk tempat org . #latabukithijau #horror #fyp ♬ Horror, suspense, weirdness, ghost, UFO – Zassh
*Tak kisahlah diganggu penunggu atau pokok rengas, kedua-duanya seram kan?
Baca juga: Suka Berbogel Atau Seksi Masa Tidur? Hati-Hati Jika Berlaku Gangguan Ini…
Sumber: Foto Percutian Bajet, Tiktok @syifaaffan94
