Memiliki anak kembar merupakan anugerah yang luar biasa kerana mampu memberikan kegembiraan berganda selain pengalaman unik kepada ibu bapa dalam membesarkan mereka.
Menerusi laman media sosial seorang ibu, dia ada kongsikan satu momen yang tidak dapat dilupakan sewaktu melakukan persiapan anak kembar tiganya yang bakal memasuki taska.
Baca juga: Sikap Ibu Yang Penyabar Jangan Dicabar, Boleh ‘Tempeleng’ Anak Tanpa Niat Bila Lalui 5 Masalah Ini!
ANAK KEMBAR TIGA MASUK TASKA, BUAT WARGANET TERHIBUR

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, dapat dilihat ketiga-tiga anak perempuannya berada di kedai gambar bersama bapa tersayang.
Mereka memakai tudung sedondon iaitu bewarna hitam untuk menangkap gambar berukuran pasport. Namun lain pula jadi apabila pemilik kedai gambar itu mencetak gambar muka yang sama berulang kali.
“Kesian aunty kedai gambar tadi, dia punya teliti tak nak tersalah print tapi salah juga. 3 kali dia ulang print, barulah dapat gambar yang tak sama. Kalau tak, dia print muka yang sama berulang kali. Nasib baik walid semak semula,” ujarnya.
Dapat dilihat di dalam video itu, perbezaan anak kembar ini hanya dapat dikenal pasti oleh ibu bapa mereka sendiri kerana memiliki raut wajah yang sama.
Perkongsian video ini mendapat 2 juta tontonan di aplikasi TikTok dan sudah pastinya dibanjiri komen daripada warganet yang turut terhibur dengan kejadian di kedai gambar tersebut.
Jelas mereka, hanya ibu bapa sahaja boleh membezakan anak kembar itu melalui suara dan perwatakan masing-masing.
“Percayalah, hanya ibu bapa sendiri sahaja yang boleh bezakan mereka tapi kadang-kadang kita sendiri pun boleh silap. Kalau dekat sekolah, kena asingkan kelas. Baru cikgu tak stres,” ujar warganet.
*Comelnya adik kembar tiga ini, semoga segala urusan dipermudahkan. Jangan nakal-nakal di sekolah nanti.
Baca juga: Dr Say Shazril Kongsi ‘Rahsia’ Untuk Dapat Anak Lelaki, Suami Isteri Bersedia Bila…..
Sumber: TikTok Hidyh91 Mama Triplet
