Euforia Bola 2026
Didik

Idea Derma ‘Uniform’ Terpakai & Gantung Di Ampaian Sekolah Dipuji, Ada Yang Masih Bau Kedai!

pakaian sekolah

“Nak buat baik, banyak caranya,” ungkapan orang lama ini begitu sepadan dengan tindakan yang dilakukan oleh sebuah sekolah di sekitar Gombak, di sini. Di mana, sekolah tersebut telah mendirikan ampaian di kawasan pondok jaga sebagai tempat gantungan untuk menyedekahkan pakaian sekolah yang masih elok.

Usaha murni tersebut dikongsikan oleh saudara Wan Luqman di Facebook dan telah meraih pujian warga maya di ruangan komen. Hal ini kerana, ia merupakan inisiatif untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Baca juga: 3 Beradik Bangsa Cina Teruja Ikut Berkhatan & Sanggup Bangun 5 Pagi Nak Ikut Rakan Lain!

PAKAIAN SEKOLAH

pakaian sekolah

Gambar: Wan Luqman

Melalui hantaran tersebut, sekolah itu dikenali dengan nama SETEGUH atau Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2. Jom, baca kisah lanjut di bawah.

Dulu-dulu ampaian ini kecil sahaja, letak dekat depan pondok jaga. Alhamdulillah, sekarang ampaian dah makin besar.

Usaha murni dari pihak sekolah dan ibu bapa. Mana-mana baju yang masih elok tapi dah tak pakai boleh letak dekat sekolah.

Mana-mana parents yang bajet tengah ketat, boleh datang pilih dan ambil. Terima kasih lah pada mereka yang mencetuskan idea macam ini. Sungguh memberi 1000 makna untuk segolongan dari kita.

Kos untuk 3-4 orang anak nak masuk sekolah Rm1k++ tak lari. Kita sama-sama bantu. Ada parents yang letak baju baru (masih ada tag tanda harga), terbaik semua parents sekolah SETEGUH.

Disaat dunia dipenuhi dengan sang tamak, tak ada hati perut, Alhamdulillah masih ada yang pemurah atas muka bumi ini.

Baca juga: Amatullah Hamidah Si Cilik 7 Tahun Dari Terengganu, JUARA DUNIA Pertandingan Pidato Inggeris!

Reaksi masyarkat

Sementara itu, di ruangan komen ramai warga maya yang memuji idea tersebut. Bahkan, idea bernas ini juga telah dilakukan di beberapa sekolah lain di Malaysia.

“Betul! Sangat membantu cara macam ini. Kita pun boleh turut menyumbang daripada membazir pakaian. Sebab anak sekejap sahaja pakai dah tak muat tapi baju masih elok.

“Terbaik. ini yang kita mahukan, idea yang bijak dan bernas.

“Hebat usaha guru dan ibu bapa, Alhamdulillah!

“Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin Nilai juga buat. Ini tahun kedua saya uruskan. Betul sangat membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan.

“Sekolah anak pun ada buat, geng AJK PIBG punya program. Bolehlah ringankan beban mak ayah yang kurang berkemampuan,” antara komen yang ditinggalkan di hantaran tersebut.

Baca juga: Bapa Kuatkan Semangat Dukung Anak Sakit Radang Otak Naik Pentas, “Sebagai Kenangan Terakhir Aish Di Sekolah”

Sumber: Wan LuQman

FT Image: Wan LuQman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×