Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Dakwa Anak Istimewa Kena Dera Di Taska? Bila Tanya Cikgu Jawab Jatuh Gelongsor!

anak autisme kena dera

Menerusi perkongsian di Facebook Austime Malaysia, seorang ibu meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa anak autisme kena dera ketika berada di taska.

Jelasnya, kesan lebam di bahagian belakang badan sangat mengejutkan kerana anaknya berada dalam keadaan elok ketika dia menghantar ke taska.

Baca juga: Awas! Ada Sindiket Bagi Gula-Gula Bentuk Bear Di Kawasan Luar Sekolah, Rupanya Itu Dadah

IBU DAKWA ANAK AUTISME KENA DERA DI TASKA? ADA KESAN LEBAM

ANAK AUTISME KENA DERA

“Asalamualaikum semua. Baru-baru ini selepas suami menjemput anak saya dari taska, kami perasan ada kesan lebam yang sangat besar pada belakang badan anak syurga kami. Mata anak saya sembab seperti menangis dalam kadar masa yang lama. Anak syurga kami is non verbal autism dan saya memang hantar dia ke taska yang ada EIP program.

“Selepas saya tengok kesan lebam itu, saya terus membawa anak saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Doktor pakar mengesahkan yang ini bukan kesan yang disebabkan jatuh! Bila saya tanya cikgu-cikgu taska dia, semua cikgu tidak tahu apa yang berlaku pada anak saya,” jelasnya.

Lebih menyedihkan apabila pihak taska seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab sehingga sanggup menipu menyatakan anaknya terjatuh ketika sedang bermain gelongsor.

Difahamkan juga, taska tersebut tidak memberi kerjasama kepada pihak polis kerana kamera litar tertutup (CCTV) di dalam kelas anaknya sudah dicabut.

“Ada yang cakap tidak perasan, ada yang cakap tidak ingat dan ada yang sanggup reka cerita mengatakan anak saya jatuh tepi gelongsor. Padahal di video CCTV, tidak nampak pun anak saya jatuh dan tiada sesiapa pun yang jatuh. 

“Paling teruk bila pihak polis minta nak tengok video CCTV di kelas anak saya dan rupanya mereka sudah cabut CCTV tersebut. Disebabkan hal ini, saya terpaksa keluarkan dua lagi adik dia, takut hal yang sama mungkin berlaku dekat mereka,” ujarnya.

ANAK AUTISME KENA DERA

Sebagai seorang ibu pastinya kecewa apabila melihat anak autisme kena dera tanpa sebab. Ainna menjelaskan bahawa kejadian ini telah menyebabkan anak istimewanya trauma selain dia tidak akan teragak-agak untuk membawa kes ini ke peringkat mahkamah.

“Apa salah anak saya sampai diperlakukan macam ini? Pagi itu saya hantar elok sahaja, anak saya pun gembira pergi taska, tapi bila jemput anak saya, perangai dia daripada ceria jadi sangat pendiam. Tidak mahu langsung nak bercakap dengan saya.

“Ya Allah saya sedih sangat-sangat waktu itu. Saya memang tertanya-tanya apa yang anak saya lalui sampai jadi trauma macam itu sekali. Saya telah membuat aduan/report case ini kepada pihak polis dan sekarang dalam siasatan polis.

“Kes ini akan saya teruskan ke peringkat mahkamah demi anak istimewa. Saya tidak akan berhenti menjadi suara pada anak istimewa saya dan saya tidak mahu anak orang lain diperlakukan seperti anak saya. Doakan saya untuk terus kuat dan dipermudahkan urusan,” luahnya.

Baca juga: Baca Betul-Betul Bila Dapat Kad Jemputan, Takut Haram Makan Kalau Tulis Macam Ini….

Sumber: Facebook Ainna Dat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×