Euforia Bola 2026
40 Minggu

Wanita Berwajah Cantik Cenderung Dapat Anak Perempuan & Beranak Ramai- Kajian Pakar

tips dapat anak perempuan

Buat anda yang sudah mempunyai ramai anak lelaki, pasti akan tercari-cari tips dapat anak perempuan pula kan? Ada juga yang sudah mencuba pelbagai jenis cara namun masih tidak berjaya mendapat anak perempuan seperti yang diidamkan. Kenapa ya?

Rupa-rupanya, terdapat satu kepercayaan mengatakan bahawa wanita BERWAJAH CANTIK sahaja cenderung dapat anak perempuan dan  beranak ramai. Bagaimana pula dengan yang kurang ‘cantik’?

Baca juga: Suami Tak Nak Bela Haiwan Takut Anak Dalam Kandungan Isteri ‘Terkenan’, Mufti Tegur Ini Jadi Syirik!

TIPS DAPAT ANAK PEREMPUAN, KAJIAN CAKAP WAJAH KENA CANTIK?

tips dapat anak perempuan

Foto: AsianParent

Memetik laporan newidea.com menurut kajian yang dilakukan oleh Dr.Satoshi Kanazawa dari London School of Economic, wanita cantik akan cenderung untuk melahirkan anak perempuan.

Hal ini kerana, wanita yang mempunyai wajah yang menarik dianggap mempunyai kadar estrogen yang lebih tinggi, di mana dipercayai dapat meningkatkan peluang melahirkan anak perempuan. Walaupun tiada bukti saintifik yang menyokong teori ini, kepercayaan ini masih menjadi perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat.

Walaupun ada yang mengatakan ini fakta dan ada juga mengatakan ini mitos, kajian ini menjejaki 17,000 bayi British sejak mereka lahir pada 1958. Apabila bayi ini berumur 7 tahun, Dr. Kanazawa meminta guru-guru mereka untuk menilai kecantikan rupa paras mereka.

Pada usia 45 tahun, mereka sekali lagi ditemuramah. Rumusan daripada kajian ini adalah wanita yang dinilai sebagai budak perempuan yang memiliki rupa paras cantik ketika ditemuramah dahulu kebanyakkannya mempunyai anak perempuan!

Penemuan Dr. Kanazawa ini disiarkan di dalam Journal of Reproductive Sciences yang turut memuatkan rumusannya tentang evolusi dan pemilihan pasangan. Selain itu,terdapat satu lagi kajian berkaitan wanita cantik yang telah dijalankan oleh Markus Jokela dari University of Helsinki.

Bukan itu sahaja, lelaki yang tidak mempunyai rupa fizikal menarik juga dikatakan mempunyai 13% kurang anak berbanding lelaki yang lain!

tips dapat anak perempuan

Foto: Tirto.id

*Tetapi ini hanyalah sekadar kajian dan jangan terlampau dipandang serius sehingga menimbulkan kerisauan. Rezeki untuk mendapat anak adalah terletak di tangan Yang Maha Esa tidak kira apa jua rupa fizikal ibu dan bapa.

Baca juga: Hanya 3 NEGERI Sahaja Masih ‘Subur’ Lahirkan Bayi Yang Cukup Untuk Stabilkan Populasi

Sumber: New Idea

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×