Euforia Bola 2026
Famili

[FOTO] Sekitar Istiadat Akad Nikah Tengku Muhammad & Tengku Natasya, Manis Sungguh!

perkahwinan diraja pahang

Bermulalah istiadat perkahwinan diraja Pahang yang dinantikan ramai khususnya rakyat jelata Pahang iaitu berlangsung istiadat pernikahan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan jam 8 malam tadi.

Tengku Natasya Adnan Tengku Mansor kini memasuki usia 29 tahun. Manakala, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Bin Tengku Abdullah dilahirkan memasuki usia 27 tahun.

Baca juga: 5 Trivia Tengku Natasya Adnan, Bakal Suri Hati Putera Sultan Pahang, Rupanya Anak Tokoh Politik

PERKAHWINAN DIRAJA PAHANG, TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR DAN TENGKU NATASYA

perkahwinan diraja pahang

Pasangan Pengantin Diraja telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan dengan mas kahwin senaskah Al-Quran.

Untuk pengetahuan ramai, bukan sahaja Istiadat Akad Nikah, malah Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan akan disiarkan secara langsung melalui dua buah layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sebuah layar di Dataran Pekan, Pahang.

perkahwinan diraja pahang

Ketibaan Sultan Pahang, Raja Abdullah dan Tunku Azizah.

Kehadiran pengantin baharu bulan Ogos lepas. Tengku Afzan dan FD Idzham.

Istiadat yang dihadiri kira-kira 350 orang tetamu di Balai Mahkota ini juga sudah semestinya hiasan mendapat sentuhan peribadi dari bonda kepada Putera Pahang, Tunku Azizah, yang sangat menitikberatkan hiasan dari setiap sudut.

Ketibaan pengantin lelaki, Tengku Muhammad Iskandar.

Akad nikah.

Ketibaan pengantin perempuan, Tengku Natasya.

Seterusnya, istiadat akan diteruskan dengan Istiadat Berinai pada Jumaat ini, manakala Istiadat Persandingan Diraja pada Ahad, 27 Oktober.

Istiadat merenjis.

Buat pengetahuan semua, menurut RTM, sudah lebih 22 tahun rakyat jelata tidak disajikan dengan perkahwinan diraja dan majlis perkahwinan diraja Puteri Pahang pada bulan Ogos lepas mengembalikan nostalgia yang dirindui. Kini, kita menyaksikan perkahwinan diraja yang kedua pula dalam tahun yang sama dan sudah semestinya terpahat indah dalam memori rakyat jelata.

*Selamat Pengantin Baharu diucapkan, manisnya!

Baca juga: Berjaya ‘Tawan’ Hati Puteri Raja, Ini Serba Sedikit Trivia Tentang FD Idzham FD Iskandar

Sumber: RTM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×