Euforia Bola 2026
Didik

Mulut Masyarakat Suka ‘Mengata’ Wanita Tak Kahwin, Inilah 5 Gangguan Diterima ANDARTU!

andartu belum kahwin

Andartu merupakan singkatan daripada ayat ‘anak dara tua’ dan dilabelkan kepada wanita berusia yang hidup membujang. Keadaan ini biasanya memberi kesan kepada andartu belum kahwin apabila mereka berusia lewat dua puluhan atau hampir tiga puluhan.

Hal ini kerana, mereka tidak mempunyai masa untuk mencari pasangan atau mendirikan rumah tangga. Biarpun wanita ini seorang yang bekerjaya dan beragama, masyarakat masih memandang negatif status mereka yang belum berkahwin.

Baca juga: Individu Kena ‘Basuh’ Lepas Komen, “Taat Kepada Suami Itu MUTLAK Biarpun Dia Jahat Sekalipun!”

ANDARTU BELUM KAHWIN TERIMA 5 JENIS GANGGUAN

andartu belum kahwin

Gambar: istockphoto

Justeru itu, berikut merupakan lima jenis gangguan yang sering dialami oleh andartu belum kahwin seperti dinyatakan di bawah.

1. Dituduh sebagai pemilih

Andartu belum berkahwin biasanya terpaksa memilih lelaki tanpa perlu memikirkan risiko selepas itu.

Pada dasarnya, mereka berfikir “wanita hanya perlu berkahwin dan tidak perlu memikirkan keadaan atau masalah selepas berkahwin.”

Kejamnya apabila wanita andartu menolak, mereka akan menerima kata-kata penghinaan yang lebih teruk seperti “sudah bagus ada yang mahu kamu, bukan senang ada orang nak kahwin andartu.”

2. Dicop suka sesama sejenis

Persepsi ini sering diterima oleh wanita yang tidak mempunyai pasangan dalam usia dua puluhan. Ia akan menjadi lebih teruk jika wanita itu mempunyai gaya kehidupan seperti sedikit maskulin.

Hal ini kerana, masyarakat sering menilai seseorang dari segi luarannya. Namun, tidak semua wanita lesbian mempunyai gaya maskulin.

Baca juga: Stylist Lelaki Pakaikan Hijab, Wanita Ini Tegur “JANGAN Biarkan Ia Jadi Perkara Normal”!

3. Diangggap kurang usaha mencari suami

Apabila menginjak remaja, wanita diminta supaya tidak terlalu agresif dalam mencari pasangan. Lain pula pandangan apabila seseorang wanita itu meningkat dewasa.

Persepsi ‘kurang usaha’ yang diungkapkan oleh masyarakat dikaitkan dengan wanita yang dianggap tidak mesra, kurang dandanan, tidak menjaga berat badan dan memaksa wanita untuk sempurna di mata lelaki.

4. Ditakutkan dengan hidup sendirian hingga tua

Masyarakat akan mengganggu wanita bujang dengan mengatakan “wanita akan keseorangan dan bermasalah jika tidak mempunyai anak untuk dijaga.”

Inilah salah satu sikap manusia yang seakan lebih tahu akan masa depan seseorang termasuk hari tuanya. Hakikatnya, takdir seseorang itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

5. Mengganggu kehidupan peribadi dan keluarga

Wanita yang mempunyai pencapaian atau kejayaan masih dianggap gagal oleh masyarakat kerana belum berkahwin. Walaupun wanita itu mengatakan bahawa dia bahagia dengan kehidupannya, orang di sekeliling tetap akan mengganggunya.

Secara tidak langsung, gangguan ini akan merebak sehingga ke keluarga bagi membantu memaksa wanita tersebut segera berkahwin. Maka, berlaku keretakan dalam hubungan kekeluargaan.

Baca juga: Isteri Dilema Gajinya Selalu Buat Belanja, Nak Tegur Nanti Suami Terasa Hati, Pakar Beri 8 Penyelesaian!

Kesimpulan 

Gangguan yang dihadapi wanita andartu belum berkahwin seperti diatas memang tidak dapat dinafikan, ia memang berlaku dalam kehidupan bermasyarakat.

Ditambah pula, dengan sikap masyarakat yang terlalu sibuk menjaga tepi kain orang lain sehingga mengganggu kesejahteraan mental individu terbabit bukanlah perkara yang mudah untuk ditelan.

Buat wanita andartu di luar sana, marilah berusaha, berdoa dan bertawakal. Anda juga perlu bersabar dan bertabah kerana jodohmu pasti akan hadir seperti yang dikehendaki oleh Maha Mengetahui!

Baca juga: Lelaki Setia Dapat Tahu Kekasih Hidap Kanser, Temani Hingga Meninggal Dunia Sebagai Isterinya!

Sumber: bincangperempuan

FT Image: istockphoto / weddingringshop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×