Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Terjerat Cinta Duda! Wanita Menyesal Kahwin Tanpa Siasat Latar Belakang, Ini Amaran Penting Peguam Syarie

berkahwin dengan duda

Keputusan untuk berkahwin dengan duda bukanlah sesuatu yang salah, namun seperti kisah yang dikongsikan ini, ia mengingatkan bahawa setiap pilihan dalam hidup datang bersama tanggungjawab dan risiko yang perlu difahami.

Kisah realiti ini dikongsikan oleh Tuan Fahmi Ramli, seorang peguam syarie, yang turut menekankan kepentingan wanita mengenal latar belakang bakal suami sebelum mendirikan rumah tangga.

Baca juga: Angkara Mengidam Ayam Gepuk, Isteri Dibelasah Suami & Dimaki Bela 3 ‘Anjing’ Dalam Rumah Di Cheras!

WANITA MENYESAL TAK SIASAT LATAR BELAKANG SEBELUM BERKAHWIN DENGAN DUDA

berkahwin dengan duda

Gambar hiasan: Gemini AI

‘Warna sebenar’ keluar selepas berkahwin

Menurut cerita, (Siti bukan nama sebenar) yang bekerja sebagai kakitangan awam di Lembah Klang menerima lamaran seorang duda yang mempunyai tiga anak.

Pada awalnya, dia terkesan dengan tanggungjawab lelaki itu terhadap anak-anaknya, termasuk memastikan nafkah diberi, membawa anak-anak berjalan, dan menjaga hubungan yang baik dengan bekas isteri.

Kerana itu, Siti bersetuju berkahwin tanpa terlalu banyak persoalan, malah keluarga turut menggalakkan. Namun selepas perkahwinan, Siti mula melihat “warna sebenar” suaminya.

Nafkah untuk dirinya sendiri langsung tidak ada, rumah masih di kediaman Siti dan segala keperluan harian termasuk makanan, pakaian dan kosmetik ditanggung sendiri. Apabila dibangkitkan soal nafkah, suami hanya memberi alasan dan kadangkala memarahi.

Situasi ini membuat Siti mula menyiasat bekas isteri suami dan mengetahui bahawa peruntukan nafkah anak sebenarnya jauh lebih rendah daripada yang dijangkakan. Hanya RM200 sebulan seorang anak.

Dari situ, Siti menyedari bahawa tanggungjawab sebenar suami terhadap anak-anak tidaklah sebanyak yang dia sangka.

Kisah ini menjadi pengajaran bahawa, walaupun berkahwin dengan duda tidak salah, ada risiko dan tanggungjawab yang perlu difahami terlebih dahulu.

Baca juga: “Selama Ini B Jadi Mata Sayang, Lepas Ini Kaki” – Kakak Luah Terharu, Adiknya Miliki Suami Sifat Wafa’ Yang Tiada Tandingannya

berkahwin dengan duda

Gambar hiasan: Gemini AI

NASIHAT PERUNDANGAN

Fahmi Ramli berkongsi lagi, sebelum berkahwin dengan duda, wanita disarankan memahami beberapa aspek perundangan dan tanggungjawab suami terdahulu. Antaranya:

1. Nafkah Anak

Seorang duda biasanya masih bertanggungjawab memberi nafkah anak mengikut perintah mahkamah. Sebagai bakal isteri, anda berhak tahu jumlah sebenar yang ditetapkan. Ini membantu menilai kewangan dan kesanggupan lelaki tersebut.

2. Nafkah Eddah & Mutaah

Duda yang bercerai mungkin masih mempunyai tanggungan nafkah eddah atau mutaah kepada bekas isteri. Walaupun jumlahnya mungkin kecil, pastikan ia tidak menjadi isu selepas perkahwinan.

3. Hak Jagaan Anak

Isu jagaan anak boleh melibatkan anda secara langsung selepas berkahwin. Penting untuk memahami dan bersedia menerima peranan sebagai ibu tiri jika perlu, serta memahami hak lawatan atau bermalam anak-anak.

4. Hutang Dengan Bekas Isteri

Sesetengah duda mungkin mempunyai hutang lama dengan bekas isteri, sama ada wang atau barang yang perlu dilunaskan. Ini perlu disiasat agar tidak menimbulkan konflik selepas berkahwin.

5. Harta Sepencarian

Tidak semua harta yang dimiliki lelaki adalah sepenuhnya miliknya. Harta sepencarian dengan bekas isteri mungkin masih perlu diagihkan, dan sesetengah aset yang dipamerkan sebelum kahwin mungkin bukan miliknya sepenuhnya.

Kesimpulan

Berkahwin dengan duda bukan satu perkara buruk, tetapi ia menuntut wanita membuat pertimbangan teliti.

Menyiasat latar belakang pasangan, memahami sejarah perceraian, dan mengetahui hak serta tanggungjawab adalah langkah bijak sebelum mengikat janji. Selepas itu, serahkan keputusan kepada Allah dengan penuh tawakkal.

Ingat, tidak semua duda bermasalah, tetapi setiap wanita berhak untuk memilih dan membuat keputusan dengan maklumat yang lengkap.

Baca juga: “Inai Dijarinya Masih Merah”- Isteri Baru Nikah 50 Hari Dijemput Ilahi Lepas Sejam Bantu Mangsa Kemalangan

Sumber: Facebook Fahmi Ramli

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×