Euforia Bola 2026
Famili

Bapa Mentua Hina & Marah Menantu, Gara-Gara Hidang Makanan Ketika Belum Mandi Wajib

belum mandi wajib

Seorang wanita di laman media sosial mendedahkan bahawa bapa mentuanya tidak mahu makan masakannya yang dianggap tidak bersih kerana wanita itu belum mandi wajib.

Seperti mana kita tahu, darah haid itu sememangnya kotor tetapi ia sekiranya sudah habis ‘period’, tidak salah untuk wanita melakukan kerja lain seperti memasak.

Baca juga: Tak Cium Bau Syurga Jika Isteri Buka Aib Suami, Jangan Cari Alasan Dengan Kesalahan

BELUM MANDI WAJIB PUNCA BAPA MENTUA TAK MAKAN MASAKAN MENANTU

belum mandi wajib

Luahan itu ditulis di ruangan komen akaun TikTok milik seorang guru KAFA bernama Ustaz Noor Hafiz. Wanita itu memberitahu bahawa dihina dan dimarahi oleh bapa mentuanya kerana menghidangkan makanan dalam keadaan tidak suci.

“Bapa mentua saya marah-marah dan hina saya sampai tak makan serta minum apa yang saya hidang. Katanya saya belum mandi wajib tapi berdosa besar sebab hidangkan makan dan minum untuk keluarga,” luah wanita itu.

Ustaz Noor Hafiz menjelaskan bahawa tidak dinafikan segelintir masyarakat yang masih menganggap bahawa wanita sedang haid atau belum mandi wajib, mereka ini dilarang apabila mereka menghidangkan makanan serta minuman kepada ahli keluarga.

Namun begitu, Islam tidak pernah melarang wanita yang belum mandi wajib daripada melakukan aktiviti-aktiviti begini.

“Hanya ada 10 perkara Islam tidak membenarnya wanita sedang haid lakukan. Pertama sekali adalah mendirikan solat, melakukan tawaf, berpuasa, menyentuh al-Quran, membawa al-Quran, membaca al-Quran, menetap di dalam masjid, talak, berjalan di dalam masjid dan terakhir sekali adalah bersetubuh antara suami isteri, jelasnya.

Dalam 10 perkara ini, tidak ada menyebut larangan bagi wanita yang sedang atau habis haid untuk menyediakan makanan dan minuman kepada orang lain.

Kesimpulannya, tidak menjadi sebarang masalah sekiranya wanita sedang haid atau belum mandi wajib untuk menyediakan makanan kepada ahli keluarga.

Syarak hanya membataskan agar tidak melakukan beberapa perkara sepanjang mereka haid. Adapun selain daripada itu adalah dibenarkan.

Baca juga: Ayah Kandung Dera Anak Autisme Selama 8 Tahun, Isteri Tak Boleh Nak Halang!

Sumber: TikTok Noor Hafiz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×