Euforia Bola 2026
Asuh

TERKEJUT! AKPK ‘Dedah’ Anggaran Kos Membesarkan Seorang Anak Zaman Kini Boleh Cecah RM1.3 Juta!

AKPK Malaysia

Nampaknya, ibu bapa atau pasangan yang sedang berusaha untuk mempunyai anak perlu bekerja dengan lebih keras lagi kerana, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK Malaysia) telah mengeluarkan anggaran kos belanja bagi membesarkan seorang anak.

Mengejutkan adalah, anggaran kos keseluruhan yang dikeluarkan bermula dari anak itu masih bayi sehinggalah dapat pengajian di universiti boleh mencecah jutaan ringgit! Maka tidak hairanlah ramai yang mula mengamalkan konsep ‘childfree’ kerana tidak mahu terlibat dalam perbelanjaan ini.

Baca juga: Gaya Hidup Nak Mewah, 53 Ribu Individu Bawah Umur 30 Tahun Tanggung Hutang RM1.9 Billion!

AKPK MALAYSIA KELUARKAN ANGGARAN KOS BESARKAN SEORANG ANAK DI MALAYSIA, CECAH JUTAAN RINGGIT!

AKPK Malaysia

Foto: MalaysiaKini

Ini adalah anggaran kos membesarkan anak, menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Menurut agensi ini, jumlah kos sehingga anak tamat universiti boleh mencecah RM1.37 juta. Ini cukup untuk buat ramai tak mahukan anak!

Dalam tinjauan Malaysiakini dan Vase.ai pula, didapati keluarga berpendapatan sederhana yang ada dua anak dianggarkan akan belanjakan RM254,304 dalam enam tahun pertama bagi seorang anak.

Kalau dapat diperhatikan dalam rajah di atas, kos untuk anak berusia 0-6 tahun setahun mencecah RM37,000- RM48,000 setahun dan lebih tinggi apabila dikumpulkan mengikut fasa. Semakin tinggi usia anak, semakin tinggi juga perbelanjaan yang perlu dikeluarkan oleh ibu bapa bagi menanggung kos pembelajaran masa kini.

PATUTLAH RAMAI TAK MAHU ANAK..

AKPK Malaysia

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen terkejut kerana selama ini tidak pernah melakukan pengiraan sebegini dan masih cukup! Inilah yang dinamakan rezeki anak namun, menjadi punca juga kepada sesetengah orang yang memilih untuk tidak mempunyai anak atau ‘childfree’.

“20 tahun dulu masa baru kawin, anak seorang pendapatan RM25,000 setahun. Sekarang 5 orang anak, 2 dekat IPT 3 sekolah kebangsaan dan saya pendapatan RM40,000 setahun. Alhamdulillah masih mencukupi”- netizen

“Boleh dianggap benar sebab ada kawan saya pernah sembang dengan orang berbangsa Cina, kos RM1juta bakal dihabiskan hanya untuk seorang anak.”- netizen

Bukan itu sahaja, ramai yang menggesa pihak kerajaan juga untuk lebih memberi banyak bantuan kepada golongan ibu bapa dan keluarga kerana pengecualian cukai untuk pembelajaran anak-anak sebanyak RM2,000 itu tidak mencukupi dengan tahap ekonomi yang semakin tinggi. Kalau ramai tak mahu anak, macam mana nak lahirkan generasi seterusnya?

Baca juga: Ayah Yang Ada Anak Lebih Dari 3 Orang Wajib Tahu 5 Kemahiran Asas Ini, Jimat Poket Mu!

Sumber: AKPK Via MalaysiaKini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×