Debaran terhadap konflik rumah tangga membabitkan pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura menemui noktahnya pada hari ini (Isnin). Prosiding kedua tuntutan perceraian pasangan itu telah berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada jam 9 pagi tadi.
Kira-kira pukul 9.45 pagi tadi, perkahwinan berusia tujuh tahun pasangan selebriti, Fazura dan Fattah terlerai apabila sudah melafazkan talak satu di sini hari ini.
FATTAH AMIN & FAZURA SAH CERAI, DEDAH PUNCA

Terdahulu, Fazura dilihat bersalaman serta mencium tangan Fattah sebelum kedua-duanya berbincang di bucu ruang menunggu Dewan 2, Mahkamah Syariah Rendah Petaling, Subang Bestari di sebalik ‘tembok’ rakan-rakan dan keluarga bagi mengelakkan gambar pasangan itu diambil.
Keputusan ini memberi jawapan kepada persoalan orang ramai sama ada pasangan tersebut akan terus mempertahankan bahtera perkahwinan yang terjalin sejak tujuh tahun lalu atau ia akan berakhir dengan kisah duka.
Namun akhirnya, dalam sesi temu bual bersama Fazura setelah selesai urusan mahkamah, Fazura menyatakan bahawa punca perceraian ini adalah kerana Fatah Amin tidak pernah memberi nafkah terutama kepada anak selama 4 tahun, tiada lagi persefahaman dan atas dasar curang.
Sedikit informasi Pada 25 September lalu, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, menyatakan belum bersedia menceraikan isterinya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, ketika prosiding pertama di mahkamah yang sama. Bagaimanapun, Fazura nekad untuk meneruskan penceraian meskipun keputusan itu bukan mudah untuk dilakukan.
Isu keretakan rumah tangga pasangan itu menjadi topik hangat dalam media sosial sejak beberapa bulan yang lalu apabila dikatakan tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran akaun sosial media masing-masing.
Teka-teki hubungan mereka kemudiannya terlerai apabila Fazura memfailkan permohonan cerai pada 13 September lalu. Hasil perkongsian hidup pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4 tahun.
Sumber: Utusan Malaysia
