Euforia Bola 2026
Famili

Suami Ditahan Polis Akibat Tolak Isteri Dalam Gaung, Bagi Alasan Nak Ajak Balik Kampung

gaung

Akibat disyaki memukul, mencekik dan menolak isteri ke dalam gaung, seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan. Kejadian berlaku di Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini, Sabtu lalu.

Lelaki itu berjaya diberkas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, Kedah pada Rabu selepas pihak polis menerima laporan daripada mangsa.

Baca juga: Pelajar Tahun 4 Meninggal Dunia Akibat Keracunan Makanan, Disyaki Selepas Makan Tart Keju

TOLAK ISTERI JATUH GAUNG, SUAMI DITAHAN POLIS

GAUNG

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, mangsa berusia 32 tahun dijumpai orang awam dalam keadaan berseorangan di tepi jalan sekitar jam 2 petang.

Siasatan mendapati mangsa berjaya menyelamatkan dirinya dengan merangkak naik dari gaung ke bahu jalan.

Mangsa pada mulanya sekitar jam 5.30 petang pada Jumaat, dibawa oleh suaminya menaiki kenderaan dari tempat kerja di Kuala Lumpur menuju ke Perak dengan alasan mahu pulang ke kampung.

“Sepanjang perjalanan tersebut berlaku pergaduhan mulut antara mereka berdua sehingga mengakibatkan suspek berhentikan kenderaan dan bertindak mencekik leher serta mengugut mahu membunuh mangsa dengan pisau,” jelasnya.

Mangsa yang berada dalam keadaan ketakutan bertindak keluar dari kereta namun dihalang oleh suspek dan meneruskan pemanduan sehingga ke laluan JRTB di Gerik.

Sekitar jam 5 pagi, berlaku sekali lagi pertengkaran mulut antara pasangan itu yang membuatkan berlaku pergelutan di bahu jalan.

Suspek kemudian bertindak luar kawalan dengan menolak mangsa sehingga jatuh ke dalam gaung. Mangsa mengalami calar, luka dan lebam pada tubuh badan.

Rawatan susulan diberikan di Hospital Taiping dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. Suspek juga difahamkan mempunyai beberapa rekod lampau termasuk dadah.

Baca juga: Permohonan MyKid Dibuka Semula Bermula 29 Julai (Isnin) Ini

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×