Euforia Bola 2026
Famili

Dua Beranak Maut Dalam Kemalangan, Anak Sulung Ceritakan Detik Ngeri Ketika Kenderaan Terjunam Gaung

dua beranak

Dua beranak maut dalam kemalangan tragis ketika dalam perjalanan membawa keluarga dari Felda Redong ke Segamat untuk membeli mainan.

Niat suci seorang ayah, Mohd Fitri Md Said, 39, yang mahu menggembirakan anak bongsunya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama enam sekeluarga hilang kawalan selepas cuba mengelak sebuah kenderaan di hadapan.

Baca juga: Bayi Lelaki 7 Bulan Maut Tersedak Susu Di Taska!

dua beranak

Gambar Facebook.

Kereta itu terbalik tiga kali sebelum terjunam ke dalam gaung dalam di Jalan Labis-Segamat, Kampung Kwongsai, petang Rabu.

Anak sulung, Muhammad Zikri, 11, yang merupakan saksi kejadian, berusaha merangkak keluar melalui tingkap yang pecah dan cuba meminta pertolongan.

Namun, dua adiknya, Nur Atiya, 2, dan Nur Husna, 4, bersama ibu mereka, Nurain Farhana, 32, tersepit di tempat duduk belakang sambil menangis.

“Selepas kereta terbabas, saya keluar dan nampak adik-adik masih tersepit. Emak juga menangis,” katanya sebak.

Bapanya dan adik perempuan, Nurin Insyirah, 9, pula tersepit di bahagian pemandu dan belakang.

“Saya hanya nampak kaki kanan ayah bergerak, manakala tangan dan kaki adik juga masih bergerak sedikit waktu itu,” tambahnya.

Namun, Mohd Fitri dan Nurin Insyirah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala yang lain mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.

Jenazah dua beranak itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam Felda Redong petang Khamis.

Baca juga: Al-Quran Bukan Sekadar Kitab Ibadah, Ada 10 Surah Terakhir Ubat Hati Luka & Jiwa Hilang Arah

dua beranak

Gambar Facebook: Mohd Fitri Md Said, 39, dan anaknya Nurin Insyirah, 9, maut selepas kenderaan dinaiki jatuh gaung di Jalan Labis-Segamat, Kampung Kwongsai, petang Rabu.

Dalam kenangan terakhir, Muhammad Zikri mengenang ayahnya yang juga Imam Muda Masjid Nurul Falah Felda Redong, yang sempat mengucapkan tahniah atas kejayaan Zikri memenangi pertandingan berzanji peringkat sekolah.

Mereka juga sempat berbincang persiapan untuk pertandingan berzanji kedua yang dijadual minggu depan.

Rozy, kakak kepada arwah Mohd Fitri, berkata arwah Mohd Fitri dikenali sebagai seorang imam muda di Masjid Nurul Falah Felda Redong dan juga aktif dalam masyarakat, menyandang beberapa jawatan termasuk Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di dua buah sekolah tempatan.

Menurut kakaknya, Rozy, arwah seolah-olah memberi petanda awal pemergiannya apabila baru-baru ini menyatakan hasrat untuk melepaskan semua jawatan yang dipegangnya.

Baca juga: Remaja 13 Tahun Dicakar Kucing Terbiar Dijangkiti Rabies, Kes Pertama Di Sarawak Tahun Ini

Sumber: Sinar Plus

FT Image: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×