Euforia Bola 2026
Nur

Alamak, Baru Lepas Wuduk Tapi Rasa Nak Terkentut? Ini Hukum Tahan Kentut Untuk Solat

kerap kentut

Menjadi satu masalah bagi individu yang mengambil wuduk dan ingin solat adalah secara tiba-tiba kerap kentut. Lalu, jalan penyelesaiannya adalah, anda perlu menahan kentut tersebut dari keluar supaya tidak membatalkan wuduk atau ketika solat.

Walaupun dikatakan bahawa selagi tiada keluar angin kentut itu wuduk dan solat anda masih sah, namun ada juga yang tertanya-tanya bagaimana dengan hukum menahan perkara itu? Adakah ini membuatkan seseorang itu ragu-ragu dan tidak khusyuk serta membatalkan wuduk/solat?

Baca juga: 5 Tanda Seseorang Itu Mengamalkan Ilmu Sihir, AWAS..Mungkin Orangnya Sebelah Anda!

KERAP KENTUT SELEPAS WUDUK, KALAU TAHAN APA HUKUMNYA?

kerap kentut

Foto hiasan.

Ulama fiqh telah membincangkan hukum tentang kentut tetapi tidak pasti. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani berkata dalam kitab Doa Orang Mukmin yang diterjemahkan oleh Abu Khadijah, jika ada yang ragu-ragu sama ada sudah kentut atau tidak dalam solat atau selepas wuduk, maka jangan batalkan solat dan wuduk kecuali dia mendengar bunyi atau baunya.

Hal tersebut bersandar pada sabda Nabi SAW,

لَا يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا

Ertinya: “Janganlah dia membatalkan solatnya, kecuali jika dia telah mendengar adanya suara atau mencium adanya bau.” (HR Bukhari dan Muslim)

Dalam Kitab Fiqh Setiap Hari oleh A.R. Shohibul Ulum juga menjelaskan bahawa apabila dia berasa kentut tanpa bunyi dan tidak pasti sama ada kentut atau tidak semasa dia dalam keadaan berwuduk atau solat, maka wuduk atau solatnya tidak batal selagi dia tidak yakin sesuatu perkara itu telah keluar atau batal wuduk.

Batal wuduk berlaku jika seseorang itu yakin dia benar-benar kentut. Jika ini berlaku semasa solat, solat secara automatik akan terbatal walaupun kentut yang diyakini tidak berbunyi atau tidak berbau. Begitu juga selesai berwuduk.

Justeru, menurut Mufti Wilayah Persekutuan, kalau tiada bau dan bunyi, dan lebih kepada was-was semata-mata, boleh dikira bahawa itu hanyalah pergerakan otot dubur semata-mata. Kadang-kadang kerana ada angin yang terperangkap di celah punggung tetapi bahagian luar. Itu bukan kentut. Kadang-kadang juga dirasai gas di bahagian hujung dalam dubur itu naik ke usus, membuatkan ada rasa sensasi di bahagian hujung. Itu juga bukan kentut.

Maka yang penting dalam isu ini ialah keyakinan bahawa memang ada hadas yang keluar, lalu membatalkan wuduk dan solat. Jika tiada maka kekallah hukum asal bahawa seseorang itu masih dalam keadaan suci.

kerap kentut

Foto hiasan.

*Jadi, kentutlah puas-puas sebelum wuduk dan solat ya!

Baca juga: Betul Ke 12 Amalan ‘Viral’ Sempena Awal Muharram Ini Digalakkan? Ini Jawapan Mufti

Sumber: Detik.com, Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×