Euforia Bola 2026
Nur

Perbuatan Minta Sedekah & Mengemis Tanpa Keperluan Adalah Dilarang Dalam Islam

MINTA SEDEKAH

Dapat kita lihat trend di internet sekarang adalah minta sedekah tanpa sebarang keperluan. Perbuatan ini perlu dibendung segera kerana risau akan menjadikan umat Islam dipandang lemah oleh agama lain.

Walaupun memberi sedekah adalah dianjurkan namun perlu berhati-hati dan tidak kepada amalan mengemis seperti yang dinyatakan oleh JAKIM.

Baca juga: Rupanya Ini Hukum Ambil Anak Angkat Berbeza Agama, Ramai Dah Tahu Ke?

MINTA SEDEKAH TANPA KEPERLUAN, PERBUATAN DILARANG

MINTA SEDEKAH

Hukum minta sedekah tanpa sebarang keperluan yang darurat adalah haram dan dilarang di dalam Islam. Larangan tersebut dinyatakan berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda:

لاَ تَحِلُّ الصَّدَقَةُ لِغَنِيٍّ وَلاَ لِذِي مِرَّةٍ سَوِيٍّ

Maksudnya: “Tidak halal (untuk menerima) sedekah bagi orang yang kaya dan orang yang sihat tubuh badannya (untuk bekerja).”

Larangan tersebut juga disebut di dalam hadis yang  diriwayatkan oleh Sahl Ibn Hanzaliyyah R.A yang menceritakan perbualan Nabi SAW bersama sahabatnya:

مَنْ سَأَلَ وَعِنْدَهُ مَا يُغْنِيهِ فَإِنَّمَا يَسْتَكْثِرُ مِنْ جَمْرِ جَهَنَّمَ ، قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَا يُغْنِيهِ؟ قَالَ: مَا يُغَدِّيهِ وَيُعَشِّيهِ.

Maksudnya: “Sesiapa yang meminta-meminta, padahal dia mempunyai sesuatu yang cukup untuk dirinya, maka bererti dia hanya memperbanyak bara api neraka Jahannam.”

Lalu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah yang dikatakan cukup baginya?”

Baginda menjawab: “Sesuatu yang mencukupi untuk makan siang dan malam.”

Jadi, dapat disimpulkan bahawa amalan mengemis dan minta sedekah tanpa keperluan serta darurat adalah haram dan dilarang di dalam Islam.

Namun, sekiranya terdapat keperluan yang mendesak maka ianya adalah dibolehkan. Kita juga digalakkan untuk memberi sedekah dan menginfaqkan harta kepada golongan yang memerlukan, namun tidak meminta-minta seperti pengemis.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak halal menerima sedekah bagi orang kaya dan orang yang sihat tubuh badannya (untuk bekerja).” Riwayat al-Nasaei (2597) Ibn Majah (1839) dan Abu Daud (1634)

Baca juga: Suami Suruh Besarkan Payudara Sebab Leper? Tapi Dalam Islam Dibenarkan Atau Tidak?

Sumber: JAKIM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×