Euforia Bola 2026
Famili

14 Jalan Sekitar Ibu Negara Ditutup Sementara, Sempena Istiadat Pertabalan Agong 20 Julai Ini!

istiadat pertabalan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan, sebanyak 14 laluan di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat Sabtu ini bagi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Beliau berkata, polis akan menempatkan sekurang-kurangnya 387 pegawai dan anggota polis bagi melaksanakan penugasan ditetapkan pada hari berkenaan.

Baca juga: “Projek Mangkuk Tingkat” Hias Bekal Dengan Kreatif & Menangi Set Istimewa Ini!

ISTIADAT PERTABALAN AGONG SABTU INI AKAN TUTUP 14 LALUAN

istiadat pertabalan

Jalan utama sekitar pusat bandar menghala ke Istana Negara dihiasi dengan banting gambar-gambar Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sebagai persediaan sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 20 Julai ini ketika tinjauan – Foto Bernama

“Semua 387 pegawai dan anggota polis akan melaksanakan penugasan mengiring orang kenamaan, mengawal lalu-lintas dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang jalan raya agar acara yang penuh dengan Istiadat Negara dapat berlangsung dengan jayanya.

“Penutupan jalan secara sementara ini adalah untuk memberi laluan kepada tetamu-tetamu Diraja melalui laluan yang ditetapkan mengikut masa yang ditetapkan dan akan dibuka semula selepas orang kenamaan melalui laluan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan pada tiga hari lalu (Isnin).

Rusdi berkata, penutupan jalan sementara ini akan bermula jam 8 pagi bagi Istiadat Pertabalan dan pada jam 8 malam bagi Majlis Santapan Diraja.

Baca juga: Khabarnya Mulai Ogos, Pinjaman Penuh (Full Loan) Beli Kereta Dah Tak Ada Lagi?

Baca juga: Pelajar Sekolah Hidap Disleksia & ADHD Raih Anugerah Cemerlang, Sempat Lagi Melukis!

14 laluan yang ditutup sementara & secara berperingkat

Katanya laluan-laluan yang akan ditutup sementara adalah:

  1. Jalan Tun Razak
  2. Jalan Kia Peng
  3. Jalan Raja Chulan
  4. Jalan Ampang
  5. Jalan Sultan Ismail
  6. Lebuhraya Sultan Iskandar
  7. Jalan Tuanku Abdul Halim
  8. Jalan Semantan
  9. Jalan Damansara
  10. Jalan Istana
  11. Kuala Lumpur-Seremban Expressway
  12. Jalan Kuching (arah selatan)
  13. Bulatan Dato Onn
  14. Jalan Parlimen

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk tidak melalui jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan penuh bagi mengelak kesesakan lalu-lintas dan mengikut arahan-arahan anggota Polis Trafik yang bertugas di lokasi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis KL ditalian 03-21159999,” katanya.

Baca juga: Lebih 300,000 Pengunjung Serbu Karnival Jom Heboh MITC Ayer Keroh, Mana lagi? Melaka Ler…

Sumber: Berita Harian

FT Image: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar / Bernama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×