Euforia Bola 2026
Famili

Sempena Mesyuarat ASEAN 8 Hingga 11 Julai, 3 Lebuh Raya & 15 Jalan Utama Bakal Ditutup!

mesyuarat asean

Mesyuarat ASEAN atau lebih tepat Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN ke-58 (AMM ke-58) yang akan berlangsung dari 8 hingga 11 Julai ini di Kuala Lumpur bakal menyaksikan beberapa penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat di sekitar Lembah Klang.

Langkah ini dilakukan bagi melancarkan pergerakan delegasi dan memastikan kelancaran keseluruhan acara. Pihak polis menasihatkan pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan pengangkutan awam sepanjang tempoh tersebut.

Baca juga: Budak 3 Tahun Cedera Betis Kiri, Digigit Anjing German Shepherd Di Puchong!

JALAN DITUTUP & DILENCUNG SEMPENA MESYUARAT ASEAN

mesyuarat asean

Gambar hiasan AI

7 Julai (bermula 7 pagi)

  • Lebuh KLIA
  • Lebuh Raya Elite
  • Lebuh Raya MEX
  • Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban
  • Lingkaran Putrajaya
  • Jalan Istana
  • Jalan Damansara
  • Jalan Tun Abdul Razak
  • Jalan Ampang
  • Jalan Sultan Ismail
  • Jalan Bukit Bintang
  • Jalan Imbi

8 Julai (bermula 10 pagi)

  • Persimpangan Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee
  • Persimpangan Jalan Sultan Ismail / Jalan P. Ramlee
  • Persimpangan Jalan Perak / Jalan P. Ramlee
  • Persimpangan Jalan Perak / Jalan Pinang
  • Persimpangan Jalan Stonor / Jalan Kia Peng
  • Persimpangan Jalan Stonor / Persiaran KLCC

Baca juga: Hanya Berbeza Cara Masak Nasi, Ipar Duai Bermasam Muka Sampai Nak Runtuh Rumah Tangga

9 Julai

Seterusnya, penutupan laluan sama akan dilaksanakan pada 9 Julai bagi dua waktu berbeza pada pukul 7 pagi (hotel ke KLCC) dan 4 petang (KLCC ke hotel).

10 Julai

Bagi 10 Julai, lencongan membabitkan laluan sama bermula pukul 7 pagi (hotel ke KLCC) dan 5 petang (KLCC ke hotel) serta 7 malam (hotel ke KLCC) dan 10 malam (KLCC ke hotel).

11 Julai (bermula 7 pagi)

Pada 11 Julai, lencongan di enam laluan dan persimpangan itu dijalankan pada pukul 7 pagi bagi perjalanan dari hotel ke KLCC.

Justeru itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Yusri Hassan Basri berkata, pengguna jalan disarankan merancang perjalanan lebih awal dan digalakkan menggunakan pengangkutan awam sebagai tanda sokongan kepada acara tersebut.

Tambahnya, kenderaan perdagangan disaran tidak memasuki pusat bandar sepanjang tempoh lencongan terutama waktu puncak bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Baca juga: Mayat Reput Ibu & Anak 2 Tahun, Temui Noktah Duka Bongkar Derita Tersembunyi Di Pangsapuri Bukit Gambir

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

FT Image: Media Mulia / Bernama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×