Buat peminat tegar buah durian, sekarang merupakan musim yang paling dinanti-nantikan kerana anda boleh dapat stok durian dengan mudah. Namun, perlu diingatkan bahawa aktiviti makan durian ini ada limitasinya kerana kalau terlebih boleh undang padah.
Mabuk atau intoxication selepas makan durian boleh berlaku kepada anda yang sudah terlebih dos yang sepatutnya makan. Bayangkan, kalau sekali makan sampai 20 ulas durian, memang mabuk!
Baca juga: Cara Siang & Masak Pucuk Ubi Kayu Supaya Tak Berangin Perut, Makan Pun Tak Liat!
MABUK MAKAN DURIAN, INI RAWATAN PALING CEPAT

Foto: DetikHealth
“Doktor, patient ni rebah depan pintu klinik tadi!” kata nurse dengan cemas.
Seorang lelaki dalam keadaan mabuk terhuyung-hayang masuk ke bilik konsultasi, wajahnya pucat dan keringat membasahi dahi. “Encik ok tak ni? Duduk dulu, tarik nafas.” Saya cuba menenangkan dia sambil memimpin ke kerusi pesakit.
“Tak tahulah, doktor. Saya rasa macam nak muntah, kepala pening sangat,” ujarnya dengan suara lemah.
“Boleh terangkan pada saya, apa yang Encik makan hari ni?” saya bertanya dengan penuh perhatian.
“Saya makan durian lepas makan tengahari, lepas tu minum kopi sebab rasa ngantuk. Tapi lepas tu, terus rasa lain macam, doktor,” jawabnya sambil menahan sakit. “Baiklah, biar saya terangkan apa yang sedang berlaku pada badan Encik ni,”
Ini dinamakan sebagai ‘intoxication’ atau keracunan ringan. Gabungan durian dan kopi boleh menyebabkan badan berasa tak selesa. Durian mengandungi sulfur dan tinggi karbohidrat manakala kopi ada kafein yang boleh menyebabkan dehidrasi. Gabungan keduanya boleh menyebabkan tindak balas yang tidak baik kepada badan kita. Rawatan paling cepat adalah:
-Rehatkan badan
-Minum banyak air kosong untuk bantu singkirkan toksin dalam badan.
-Makan makanan ringan yang mudah hadam.
-Jika keadaan tidak bertambah baik, pergi ke hospital untuk rawatan lanjut.
Cara untuk mencegah ‘kemabukan’ ini berlaku adalah:
1.Jangan gabungkan makanan atau minuman yang boleh beri tekanan berlebihan kepada badan.
2.Selepas makan durian, tunggu sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jam sebelum minum kopi.
3.Pastikan badan sentiasa cukup air, terutama selepas makan makanan berat seperti durian.
Makanan dan minuman yang perlu dielakkan selepas makan durian:
-Kopi
-Alkohol
-Minuman Berkarbonat
-Makanan Berminyak
-Makanan Pedas
-Susu dan Produk Tenusu
-Makanan Tinggi Protein

*Ingat, berpada-pada dalam makan durian untuk jaga kesihatan diri. Memang sedap tapi boleh bawa padah tau!
Baca juga: Cantik Dipandang Tapi Tak Halal, Ini Cara Pilih Pinggan Mangkuk Ada Label ‘Bone China’
Sumber: X @Dr.Samhan
