Euforia Bola 2026
Famili

Jom Ramai-Ramai Buat Puasa Sunat Muharram Bermula 15-21 Julai 2024, Rugi Kalau Tinggal!

puasa bulan muharram 2024

Baru-baru ini, umat Islam di seluruh dunia telah menyambut kedatangan Tahun Baharu dalam Islam iaitu dimulakan dengan bulan Muharram. Inilah masanya untuk kita memperbaharui niat dan turut melaksanakan amalan sunat seperti puasa bulan Muharram 2024.

Bagi tahun 2024 (1446 Hijrah), ada tarikh yang telah ditetapkan bagi anda yang ingin melakukan puasa sunat ini. Kunci tarikh ini siap-siap supaya anda tak terlupa untuk mengutip ‘ganjaran’ dari Allah SWT!

Baca juga: Betul Ke 12 Amalan ‘Viral’ Sempena Awal Muharram Ini Digalakkan? Ini Jawapan Mufti

SUNAT PUASA BULAN MUHARRAM 2024, BERMULA 15-21 JULAI

puasa bulan muharram 2024

Bermula dari 15 Julai – 21 Julai, ayuh kita maraton berpuasa.

-15/7 – sunat 9 Muharram
-16/7 – sunat 10 Muharram
-17/7 – sunat 11 Muharram
-18/7 – sunat hari Khamis
-19,20,21/7 – sunat Hari Putih

Ada juga yang bertanyakan tentang perihal kelebihan puasa ‘Ashura’ (10 Muharram) dan Tasu’a (9 Muharram). Antara kelebihannya:

1.Sunat untuk kita berpuasa pada hari Jumaat ini iaitu Hari Ashura yang merupakan 10 Muharram berdasarkan hadith Nabi SAW.

2.Kelebihannya adalah diampunkan dosa kita pada tahun yang lalu.

3.Disunatkan juga untuk kita berpuasa pada hari 9 Muharram berdasarkan hadith Nabi SAW.

4. Jika tidak mampu berpuasa pada hari 9 Muharram, puasalah pada hari ke 11 Muharram.

Mengapa kena puasa sehari sebelum Hari ‘Ashura’ dan selepasnya? Kerana ini adalah arahan Nabi SAW untuk membezakan kita dengan kaum Yahudi berdasarkan hadith Nabi SAW. Adakah puasa hari ke-9 dan ke-11 itu wajib? Jawapannya adalah TIDAK. Bahkan puasa ‘Ashura’ juga tidak wajib. Tapi amat rugi jika kita tinggalkan namun ada pilihan anda boleh buat seperti:

– Puasa 9 dan 10 Muharram (Khamis dan Jumaat)
– Puasa 9, 10 dan 11 Mu harram (Khamis, Jumaat dan Sabtu)
– Puasa 10 dan 11 Muharram (Jumaat dan Sabtu)
– Puasa 10 Muharram (Jumaat)

puasa bulan muharram 2024

*Ada yang bertanyakan bahawa adakah puasa sunat ini boleh disekalikan dengan puasa ganti. Jawapannya adalah, prinsip tetap sama iaitu boleh tapi tak afdhal. Yang afdhal adalah asingkan. Selamat beramal!

Baca juga: Ini Sebab Jarang Mimpi Mak Ayah Yang Sudah Meninggal, Bila Tahu Undang Sebak…

Sumber: X @Muzuza, The Inspirasi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×