Sawan demam biasanya terjadi kepada kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 6 tahun. Sawan terjadi disebabkan oleh demam panas di mana suhu badan melebihi 38ºC.
Sawan adalah keadaan yang boleh menyebabkan perubahan tingkah laku dan melibatkan sel saraf di beberapa anggota badan yang lain.
Baca juga: “Mencabar Didik Anak Zaman Sekarang…”- Fokus 5 Benda Ini Supaya Anak Elak Maksiat
ANAK KENA SAWAN DEMAM, IBU AYAH KENA TAHU INI

Kanak-kanak lebih cenderung mengalami sawan demam jika:
- Ada sejarah keluarga alami sawan demam
- Pernah alami sebelum ini
- Kena sawan pada usia 15 bulan.
Sawan demam tidak dianggap epilepsi (gangguan sawan). Kanak-kanak yang mengalami sawan demam mempunyai risiko yang rendah untuk berlakunya sawan epilepsi.
Terdapat dua jenis sawan demam:
1. Sawan demam biasa
Ia biasanya berlaku dalam beberapa minit sahaja tetapi sesetengah kes yang jarang berlaku boleh bertahan sehingga 15 minit. Semasa sawan jenis ini berlaku kanak-kanak tersebut akan:
- Kejangan
- Mengeletar
- Tidak keruan
- Terkencing dan muntah
- Pengsan
2. Sawan demam kompleks
Sawan jenis ini berlangsung lebih lama daripada 15 minit dan beberapa kali dalam masa 24 jam. Biasanya ia akan menyebabkan sebelah badan tertarik.
Sekiranya anak mengalami sawan demam, perkara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa adalah:
– Bertenang dan baringkan anak di atas lantai.
– Alih semua objek tajam dan bahaya yang ada berdekatan.
– Letakkan si kecil dalam keadaan mengiring untuk mengelakkan tercekik.
– Buka pakaian.
– Perhatikan cara pernafasan anak.
– Jika sawan berlangsung lebih 5 minit dan muka bertukar wanra biru, segera buat panggilan kecemasan.
Perkara yang tidak boleh dilakukan oleh ibu ayah ketika anak sawan demam adalah:
- Jangan cuba memegang atau menahan
- Jangan masukkan apa-apa ke dalam mulut anak
- Jangan cuba beri ubat demam
- Jangan basahkan anak menggunakan air sejuk atau suam
Apabila sawan sudah berhenti, hubungi doktor untuk mengetahui punca dan sebagainya.
Semoga artikel ini memberi manfaat!
Baca juga: Anak Kurang Fokus & Tak Minat Bila Suruh Belajar, Cuba Bagi Aktiviti Ini Confirm Suka!
Sumber: Nemours Kids Health
