Kebiasaannya di pasaran, dapat dilihat terdapat lambakan jenis kerusi roda yang dijual dalam pelbagai rupa dan fungsi. Namun, tahukah anda setiap jenisnya mempunyai kegunaan yang berbeza mengikut keadaan pesakit?
Kerusi roda atau wheelchair digunakan oleh para pesakit untuk memudahkan pergerakan, terutamanya bagi mereka yang tidak berdaya untuk bergerak, selain memberikan keselesaan.
Baca juga: Doktor Kongsi Sendawa Berlebihan Menandakan Penyakit Tertentu, Hati-Hati!
JENIS KERUSI RODA YANG DIJUAL DI PASARAN

Justeru itu, demi kebaikan pesakit, para penjaga perlu tahu jenis-jenis kerusi roda yang sesuai mengikut keadaan dan keperluan pesakit sebelum membelinya seperti dikongsikan oleh @MedTweetMYHQ di laman X.
Kriteria utama kerusi roda:
- A good fit – Ukur sebelum beli.
- Detachable armest & footrest – Memudahkan proses transfer pesakit.
- Lightweight – Senang digunakan oleh penjaga utama.
- Sesuai – Postur badan, persekitaran, lifestyle & pengguna.
- Brek – Sistem brek berfungsi baik.
A GOOD FIT – SAIZ, BENTUK BADAN
Saiz wheelchair di pasaran akan mengikut pada kelebaran tempat duduk. Range saiz antara 16 hingga 22 inci (dewasa).
Ukur E (gambar di atas) dan tambah 1-2 inci untuk saiz yang sesuai.
Pastikan wheelchair yang dibeli ergonomik (90 rule seperti gambar di bawah).

KENAPA PERLUKAN KERUSI RODA ERGONOMIK?

Impak kerusi roda tidak ergonomik:

- Sakit pinggang.
- Kurang efisien dari segi mobiliti.
- Tidak stabil ketika bergerak (easily slipped forward).
- Risiko pressure ulcer akibat duduk lama.
JENIS-JENIS KERUSI RODA DI PASARAN:

1. Self-propelled wheelchair
User dan caregiver boleh maneuver wheelchair (Pengguna dan pengasuh boleh menggerakkan kerusi roda).
2. Transport wheelchair
Caregiver to maneuver wheelchair (Perlukan pengasuh untuk menggerakkan kerusi roda).
Yang mana satu nak pilih? 1 vs 2? Untuk pesakit stroke, pilihan yang ke-2 adalah lebih sesuai.

3. Reclining wheelchair
Sesuai untuk pesakit yang tiada ‘head control’ & spinal cord injury (lumpuh dari leher ke bawah).
4. Sports wheelchair
Pesakit ‘spinal cord injury’ (lumpuh dari pinggang ke bawah) & aktif.

5. Commode Wheelchair
- Kegunaan aktiviti harian (mandi & ke tandas)
- Disarankan yang mempunyai footrest kerana senang untuk dibawa ke bilik air
- Pastikan ianya mempunyai brek
- Beli mengikut saiz pesakit, ukur dahulu
6. Motorized Wheelchair
Menggunakan bateri, untuk mobiliti.
Semoga perkongsian ini dapat membantu para penjaga untuk memilih dan membeli kerusi roda buat keselesaan pesakit yang dijaga.
Sumber: Twitter MedTweetMYOfficial
FT Image: Freepik


