Kalau anda merupakan peminat durian sejati, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke 7 tempat makan durian paling padu sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ini!
Dari Musang King sampai Black Gold, semuanya segar, sedap dan harga pun berbaloi. Malah, tempat yang disenaraikan ini sangat sesuai untuk bawa seisi keluarga atau ‘geng makan’ puas-puas sempena musim durian hingga bulan Ogos ini sahaja.
Baca juga: Resepi Serawa Durian Pekat Berlemak, Menu Musim Durian Paling ‘Laku Keras’…Tak Cukup Semangkuk!
7 TEMPAT MAKAN DURIAN PALING PADU SEKITAR KUALA LUMPUR DAN SELANGOR
1. Rizky Durian, Kota Damansara

Foto: FB Rizky Durian
Alamat: PJU 5, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 12 tengah hari – 12 tengah malam
-Port durian paling popular di Kota Damansara! Antara durian yang boleh anda nikmati di sini, D13, Udang Merah, dan Musang King.
-Tempat makan pun selesa, siap ada staf yang akan bantu pilih durian ikut bajet anda. Memang puas hati!
2. SS2 Durian House Stall, Petaling Jaya

Foto: FB SS2 Durian House Stall
Alamat: PT1967, Jalan SS 2/61, SS2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 12 tengah hari – 12 tengah malam
Kalau nak buffet durian murah (RM50 makan puas!), inilah port paling laku keras. Ada durian D24, XO dan pelbagai gred lain ikut selera. Harga kilo pun boleh tahan murah, bermula dari RM12! Suasana pun sangat meriah, sesuai lepak dengan geng durian anda.
3. 318 Durian Stalls, Taman Gembira (Happy Garden)

Foto: FB 318 Durian
Alamat: Jalan Gembira, Taman Gembira, 58200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11 pagi – 11.45 malam
Nak Musang King harga berpatutan dan sedap? Ini tempatnya! Durian segar, boleh pilih ikut gred dan bajet, dan malam-malam suasana jadi macam festival durian! Memang syok makan di sini sambil hirup bau durian yang menggoda.
4. CKS Durian, Cheras

Foto: FB CKS Durian
Alamat: 20, Jalan Indah 1/6, Taman Indah, 43200 Cheras, Selangor
Waktu Operasi: 1 petang – 10.30 malam
Istimewanya durian di sini siap dikopek dan anda hanya tinggal makan saja! Pilihan top seperti Black Gold, Tekka & Musang King semua ada. Nak bungkus pun senang, dan staf mesra akan bantu pilih yang terbaik ikut selera anda.
5. Chen Brothers Durian & Fruit, Kepong Baru

Foto: Chen Brothers Durian Trading
Alamat: Jalan Mergastua, Kepong Baru, 52100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12.30 tengah hari – 10 malam
Antara gerai durian legend di Kepong dan mudah nak cari, naik KTM pun boleh. Pilihan dari durian kampung sampai ke Black Thorn semua ada. Boleh makan terus atau bungkus bawa balik, segar dari ladang!
6. Durian BB Park, Jalan Imbi (KL)

Foto: FB Durian BBPark
Alamat: 15, Jalan Kamuning, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 12 tengah hari- 10 malam
Konsep moden, sesuai bawa pelancong. Ada pelbagai produk durian seperti kek & aiskrim durian juga!
7. DurianMan SS2 (Wai’s Durian Stall), PJ

Foto: FB Durianman SS2
Alamat: Jalan SS2/24, 47300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Waktu operasi: Isnin – Khamis (11 pagi hingga 11 malam)
:Jumaat – Sabtu (11 pagi hingga 12 pagi)
Ini adalah gerai paling lama yang terkenal dan lengkap dengan sistem grading untuk bantu anda pilih ikut jenis dan rasa.
*Jom pergi!
Baca juga: Asyik Dahaga Melampau Dan Kerap Buang Air? Awas, Itu Mungkin Isyarat Awal Anda ‘Diserang’ Diabetes!
