Euforia Bola 2026
Kerjaya

Kajian Microsoft Dedah 40 Jenis Kerjaya Dalam Risiko & Semakin Pupus, AI Dah Ambil Alih!

teknologi AI

Untuk pengetahuan semua, Microsoft telah menjalankan kajian bersama LinkedIn dan OpenAI untuk menilai kesan kemajuan kecerdasan buatan teknologi AI, khususnya AI generatif seperti ChatGPT, terhadap pelbagai sektor pekerjaan di seluruh dunia.

Laporan ini dikenali sebagai ‘Work Trend Index 2024’, dan ia memberi tumpuan kepada bagaimana AI mengubah cara kerja, kemahiran, dan risiko penggantian kerja oleh teknologi. Nampaknya, dapat disenaraikan beberapa jenis pekerjaan yang berisiko digantikan dengan teknologi AI ini!

Baca juga: Robot, AI & Anda… Ini 15 Peluang Kerjaya Baharu Paling LARIS Menjelang Tahun 2030!

40 PEKERJAAN YANG BERISIKO TINGGI DIGANTIKAN DENGAN TEKNOLOGI AI

teknologi AI

Foto: freepik

Fokus utama kajian ini adalah mengenal pasti pekerjaan yang paling mudah terjejas oleh AI, terutamanya yang melibatkan tugasan berulang, analisis data dan pemprosesan maklumat. Berikut merupakan antara 40 pekerjaan yang ‘terjejas’ adalah:

1. Penulis Kandungan / Artikel

2. Penterjemah Bahasa

3. Pembantu Tadbir

4. Setiausaha

5. Penganalisis Data

6. Jurutaip / Transkrip

7. Pegawai Khidmat Pelanggan (Chatbot)

8. Akauntan Junior

9. Pereka Grafik Asas (Contoh: Canva)

10. Pegawai Pemasaran Digital

11. Penyunting Video Asas

12. Pembuat Slide / PowerPoint

13. Penulis Skrip Iklan

14. Juruhebah Radio (automated DJ)

15. Penulis Caption Media Sosial

16. Juruteknik Sokongan IT (Tahap Asas)

17. Juruanalisis Kewangan Asas

18. Pereka Laman Web Asas

19. Pegawai Entri Data

20. Jurujual Talian (Telemarketer)

21. Penyelidik Internet / Pasaran

22. Penulis Resume dan Surat Iringan

23. Operator Telefon

24. Pegawai Perundangan Asas (Legal Research)

25. Pengurus Jadual

26. Guru Tuisyen Online (Subjek asas)

27. Editor Teks / Proofreader

28. Penilai Kandungan Media Sosial

29. Jurutera Sokongan Pelanggan

30. Pegawai Sumber Manusia (Urusan Resume / Interview Awal)

31. Pengumpul Data Kajian

32. Pekerja Kaunter (Check-in automatik)

33. Penganjur Acara Asas

34. Pegawai Laporan Jualan

35. Penulis Manual Pengguna / Dokumentasi

36. Pegawai Pentadbiran Proses Tender

37. Pencipta Kandungan Automatik (AI Blog Tools)

38. Penghantar E-mel Pemasaran (Auto Campaign)

39. Pekerja Arkib Dokumen

40. Pegawai Laporan Media (Automated AI news brief)

teknologi AI

Foto: freepik

Kajian Microsoft ini bukan sekadar memberi amaran tentang pekerjaan yang terancam, tetapi juga membuka peluang baharu kepada pekerja yang cepat beradaptasi dengan teknologi. Dunia kerja sedang berubah dengan pantas!

Baca juga: Top 7 Kerjaya Paling Dapat Permintaan Tinggi Di Malaysia, Bidang Anda Tersenarai Tak?

Sumber: Microsoft, The Economic Times

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×