Euforia Bola 2026
Famili

Bas Kemalangan Dan Terbalik Di Jalan Jeli-Gerik, 15 Pelajar UPSI Dilaporkan Meninggal Dunia

PELAJAR UPSI MAUT

Satu berita duka dilaporkan berlaku pada jam 1 pagi tadi apabila seramai 15 pelajar UPSI maut dalam kemalangan yang membabitkan bas dengan sebuah kereta.

Bas yang dinaiki mereka difahamkan dalam perjalanan pulang ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) namun terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Jalan Jeli – Gerik berhampiran Tasik Banding, Perak.

Baca juga: Pilu! Kanak-Kanak Usia Empat Tahun Maut Terjatuh Dari Bangunan Tingkat 30…

15 PELAJAR UPSI MAUT, BAS KEMALANGAN DENGAN KERETA

PELAJAR UPSI MAUT

Menurut laporan media, seramai 13 pelajar UPSI maut di lokasi kejadian, manakala dua lagi mangsa meninggal dunia di Hospital Gerik.

Kemalangan yang membabitkan sebuah kereta itu dipercayai berlaku pada sekitar jam 1 pagi. Laporan awal mendapati bas yang membawa 42 penumpang itu disewa khas bagi pelajar UPSI dari Terengganu dan Kelantan yang pulang menyambut perayaan Aidiladha kembali ke kampus bagi memulakan pengajian mereka hari ini.

Difahamkan, pada ketika ini, tujuh mangsa berada dalam kategori zon merah, 20 mangsa dalam zon kuning, manakala enam lagi dalam zon hijau.

Baca juga: Anak Kedua Sheikh Muszaphar Terpilih Program Bakat Olimpik, “Mommy Daddy Sentiasa Doakan…”

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×