Euforia Bola 2026
Famili

Umrah Jadi Pengubat Duka, Syarikat Sinar Suci Travel & Tours Taja Ibu Bapa Mangsa Kemalangan UPSI

kemalangan pelajar upsi

Sikap prihatin rakyat Malaysia terhadap insiden kemalangan pelajar UPSI yang meragut nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, awal pagi Isnin lalu, terus mengalir tanpa henti.

Selain titipan doa, pelbagai bantuan telah disampaikan kepada keluarga mangsa yang terkorban mahupun mereka yang masih dirawat akibat kecederaan.

Baca juga: 11 Nahas Ngeri Bas Paling MENGGEMPARKAN Di Malaysia, Jumlah Terkorban Sangat Tinggi!

KEMALANGAN PELAJAR UPSI: Syarikat Sinar Suci Travel & Tours Taja Umrah

kemalangan pelajar upsi

Syarikat Sinar Suci Travel & Tours dari Pengkalan Chepa menyerahkan tajaan pakej umrah kepada ibu bapa Allahyarhamah Nurly Shahirah

Antara sumbangan yang cukup menyentuh hati datang daripada Syarikat Sinar Suci Travel & Tours yang beroperasi di Pengkalan Chepa. Syarikat berkenaan tampil menaja pakej umrah percuma khas buat ibu bapa kepada empat orang pelajar yang terkorban dalam nahas berkenaan.

Maklumat mengenai inisiatif mulia itu dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr. Azman bin Ibrahim melalui satu hantaran di laman Facebook beliau.

“Setinggi penghargaan buat Sinar Suci Travel & Tours yang bermurah hati menaja pakej umrah percuma kepada ibu bapa empat anak Jabi yang telah kembali ke rahmatullah dalam tragedi di JRTB.

“Mudah-mudahan sumbangan ini sedikit sebanyak mampu meredakan kesedihan yang ditanggung dan menjadi sebab limpahan keberkatan rezeki buat para penyumbang,” tulis beliau.

Untuk pengetahuan ramai, antara penerima sumbangan tersebut ialah ibu bapa kepada Allahyarhamah Nurly Shahirah, mangsa yang mendapat perhatian ramai kerana merupakan hafizah Al-Quran. Abang kepada arwah turut memuat naik perkongsian menyentuh hati mengenai kunjungan pihak syarikat ke kediaman mereka.

“Terima kasih tidak terhingga kepada Sinar Suci Travel & Tours atas tajaan umrah percuma buat umi dan abah Nurly serta ibu bapa mangsa lain… Allahuakbar… sungguh cantik aturan Ilahi. Hari ini rumah kami tidak putus-putus diziarahi. Ramai datang untuk bertemu umi dan abah,” kongsinya di Facebook.

kemalangan pelajar upsi

*Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pihak yang membantu memudahkan urusan keluarga kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Baca juga: Tragedi Bun*h Guru, Remaja Naik Angin DIPAKSA Belajar Jadi Punca Habiskan Nyawa Ibu & Abang

Sumber: Najmuddin Azman, Dr. Azman Ibrahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×