Euforia Bola 2026
Famili

11 Nahas Ngeri Bas Paling MENGGEMPARKAN Di Malaysia, Jumlah Terkorban Sangat Tinggi!

kemalangan bas

Kemalangan bas yang sangat tragis membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi Isnin telah mengorbankan 15 nyawa. Insiden ini tersenarai sebagai antara nahas jalan raya paling ‘hitam’ dalam sejarah negara.

Untuk pengetahuan anda juga, sejak tahun 1996, sebanyak 11 kemalangan besar membabitkan bas dan kenderaan lain direkodkan di Malaysia, dengan jumlah keseluruhan korban seramai 163 orang. Masihkah anda ingat?

Baca juga: “Arwah Anak Sulung Harapan Keluarga..”- Siswi UUM Maut Dihimpit Bas Kampus, Kecederaan Jantung

11 KEMALANGAN BAS NGERI & TERBURUK PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA

kemalangan bas

Foto: Kemalangan bas di Pagoh tahun 2016.

Tragedi paling buruk direkodkan pada 21 Ogos 2013 apabila sebuah bas yang membawa 52 penumpang terbabas dan terjunam kira-kira 60 meter ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur.

Kemalangan itu meragut 37 nyawa, termasuk pemandu bas, manakala 16 yang lain cedera. Kejadian berlaku sekitar jam 2.45 petang ketika bas menuruni laluan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu kota.

Berikut ialah kronologi kemalangan-kemalangan ngeri lain yang turut mencatatkan jumlah korban tinggi sepanjang 29 tahun lalu:

1. Julai 1996

Sebanyak 17 maut, termasuk enam kanak-kanak, apabila sebuah bas terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 100 meter ketika dalam perjalanan pulang dari program hari keluarga di Genting Highlands.

2. 23 November 2003

Sebanyak 14 terbunuh dan 30 cedera apabila dua buah bas bertembung di KM68 Jalan Lipis-Merapoh (Laluan Persekutuan 8), berhampiran sempadan Pahang-Kelantan.

3. 30 Julai 2006

Sebanyak 11 maut manakala 35 lagi cedera, termasuk sembilan parah, apabila sebuah bas persiaran terbalik di KM160.8 Lebuhraya PLUS, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

4. 13 Ogos 2007

Seramai 20 penumpang maut dan sembilan lagi cedera parah apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terbalik di KM229 Lebuhraya PLUS, berhampiran Bukit Gantang, Perak.

5. 13 April 2009

Enam maut selepas sebuah bas dua tingkat terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di KM443 Lebuhraya PLUS, berhampiran Rawang, Selangor.

6. 26 Disember 2009

Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera apabila sebuah bas dua tingkat terbabas di KM272.8 Lebuhraya PLUS arah utara, berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan, Perak.

7. 10 Oktober 2010

Sebanyak 12 orang maut dan lebih 40 cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah bas, sebuah van dan tiga kereta di KM223 Lebuhraya PLUS, berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

8. 29 Oktober 2010

Tujuh maut dan 20 cedera apabila sebuah bas pelancongan terbabas dan terbalik di KM3.8 Genting Sempah ketika menuruni Genting Highlands.

9. 21 Ogos 2013

Sebanyak 37 nyawa terkorban dan 16 cedera apabila bas membawa 52 penumpang terbabas dan terjunam ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur — kemalangan paling maut setakat ini.

10. 24 Disember 2016

Sebanyak 14 maut dan 16 cedera apabila sebuah bas ekspres terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki di KM137 Lebuhraya PLUS, berdekatan Kampung Jayo, Muar, Johor.

11. 9 Jun 2025 (Terbaharu)

Kemalangan terbaru melibatkan bas membawa pelajar UPSI menyaksikan 15 nyawa terkorban dan tujuh lagi parah apabila bas itu terbalik di Jalan Raya Timur Barat berhampiran Tasik Banding, Perak.

kemalangan bas

Foto hiasan.

*Tragedi-tragedi ini menjadi peringatan betapa pentingnya aspek keselamatan jalan raya dan pemantauan ketat terhadap pengendalian kenderaan berat, khususnya yang membawa ramai penumpang. Mungkin ajal dan maut adalah takdir yang telah ditentukan oleh Sang Pencipta tapi, adakah kita hanya membiarkan sahaja kesalahan yang sama berulang lagi?

Baca juga: “Nak Kebumi Di Mana?” – Dua Beradik Bergaduh Di Wad Ketika Ayah Nazak, Kena ‘Heret’ Ke Mahkamah!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×