Euforia Bola 2026
Famili

“Ralat Dengan Apa Yang Berlaku, 10 Tahun Tunggu Zuriat” Luahan Pilu Bapa Bayi Kembar Selepas Tragedi Plaza Tol Bukit Kajang

10 tahun

10 tahun menanti kehadiran cahaya mata, akhirnya pasangan ini dikurniakan anak kembar lelaki. Namun kebahagiaan itu bertukar duka apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan tragis di Plaza Tol Bukit Kajang, Sabtu lalu.

Amirul Ridzuan Abu Bakar, 39, yang juga pensyarah di sebuah universiti di Perlis, tidak mampu menahan sebak saat menerima perkhabaran mengenai anak bongsunya, Amir Husayn, yang berusia setahun, pergi buat selama-lamanya.

Baca juga: Dipukul Dengan Tukul Oleh Bapa Saudara, Budak 7 Tahun Kritikal & Suspek Ditemui Maut Tergantung

“10 TAHUN TUNGGU ZURIAT…”

10 tahun

Gambar dikongsikan oleh Dr Murizah Mohd Zain.

“Saya berasa ralat dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi apabila ia terjadi selepas 10 tahun kami cuba dapatkan zuriat sebelum dikurniakan (anak) kembar lelaki,” katanya.

Ketika kejadian, isterinya, Nurul Husna Khairuddin, 38, bersama kedua-dua anak mereka serta ibu bapa mentua menaiki sebuah Honda City ke sebuah restoran di TTDI Grove untuk bersarapan. Amirul ketika itu berada di Kedah kerana urusan kerja.

Menurutnya, sekitar jam 10.59 pagi, telefon bimbitnya menerima mesej SOS daripada isterinya. Berkali-kali dia cuba menghubungi, namun panggilan tidak berjawab.

“Akhirnya ada individu lain yang menjawab panggilan dan memaklumkan bahawa isteri saya terlibat dalam kemalangan,” katanya.

Lebih memilukan, beliau dimaklumkan bahawa Amir Husayn meninggal dunia akibat pendarahan dalaman selepas tercampak keluar dari kenderaan. Manakala kembarnya, Amir Hasan, dibenarkan keluar dari hospital pada malam yang sama selepas menerima rawatan.

Baca juga: Anak Kedua Linda Hashim & Beego Alami Luka Melecur Tahap Tiga, Tertumpah Kuah Makaroni Panas!

10 tahun

Gambar oleh Sinar Harian: Pemandu lori yang terlibat dalam nahas empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang direman dua hari untuk membantu siasatan.

Amirul turut berkongsi tentang perubahan sikap anak bongsunya itu sebelum kejadian.

“Kebiasaannya dia makan agak bersepah seperti kanak-kanak lain. Tetapi hari itu dia makan bersungguh-sungguh dan kemas, seolah-olah tahu bahawa dia akan ‘pergi’,” ujarnya dengan nada sebak.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hanya selepas satu dekad berusaha, mereka dikurniakan kembar lelaki pada 20 Mei tahun lalu. Amir Husayn lahir 15 saat selepas abangnya, Amir Hasan. Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan pada pagi Ahad.

“Saya sedih melihat keadaan isteri yang juga seorang pensyarah, masih belum bersedia berkongsi apa-apa mengenai kejadian ini. Saya ralat dengan tindakan pemandu lori itu, malah saya juga ralat kerana tidak berada di sisi anak ketika kejadian berlaku.

“Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada semua yang mendoakan anak kami. Teruskan mendoakan agar kami tabah melalui ujian ini,” katanya.

Terdahulu, kemalangan di Plaza Tol Bukit Kajang membabitkan empat kenderaan dilaporkan pada Sabtu telah meragut nyawa seorang bayi manakala lapan yang lain cedera.

Baca juga: Ibu Rayu Sumbangan Dana Selamatkan Nyawa Anak Usia Setahun, Sedang Jalani Rawatan Di China!

Sumber: Harian Metro

FT Image: Ihsan Amirul Ridzuan (Harian Metro)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×