Baru-baru ini tular satu video di laman media sosial apabila seorang wanita bergelar ibu tampar anak di hadapan pasar raya. Perbuatan tersebut juga turut mengundang cedera pada kanak-kanak tersebut kerana terkena bucu kerusi.
Perbuatan menampar anak perempuan itu bukan sahaja dilakukan sekali, malah dua kali sehingga ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa amarah!
Baca juga: Ikon Anak Istimewa Selangor Kongsi Betapa PENTINGNYA Anak Ada Kad OKU, Ini Cara Untuk Mohon
WANITA TAMPAR ANAK SEHINGGA KENA BUCU KERUSI DIREMAN

Foto: X
Menurut laporan Harian Metro, wanita yang bekerja sebagai pekerja kantin berusia 37 tahun itu ditahan di sekitar Mata Ayer, Arau selepas tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai dari pasar raya yang dikunjungi berkenaan menunjukkan dia beberapa kali menampar anaknya sehingga jatuh dan terkena bucu bangku di hadapan pasar raya itu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri juga membalas kenyataan dari netizen yang mengecam 100% tindakan ibu yang tidak bertanggungjawab ini di laman X. Beliau mengatakan Pelindung Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) telah menghubungi pihak D11 PDRM semalam untuk mengambil tindakan segera dan mencari suspek dalam video.
Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya menerima laporan sekitar 12.16 pagi semalam berhubung perlakuan wanita berkenaan.
“Dalam video tular itu memaparkan suspek memukul bahagian belakang kepala seorang kanak-kanak perempuan sehingga terhantuk di bucu bangku dan berdarah.
“Kejadian disyaki berlaku di hadapan kaki lima pasar raya di Jejawi, Arau dan suspek akan di bawa ke mahkamah untuk direman bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataannya.
ANAK USIA 4 TAHUN LUKA DI KENING
Wanita tular tampar anak di pasar raya ditahan#BeritaFMT https://t.co/jDw5pI1oZ5 pic.twitter.com/74auW4WCdh
— Free Malaysia Today (@fmtoday) February 11, 2025
Katanya, anak mangsa berusia empat tahun luka di bahagian kening sebelah kanan dan sudah pun menerima rawatan susulan selepas kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Kejadian ini menjadi bualan netizen dengan mengatakan bahawa mungkin ibu sebegini boleh bertindak lebih agresif jika berada di rumah.
“Ini dekat public ya tuan-tuan, bayangkan dekat rumah. Sebab normal ibu bapa kalau dekat luar hanya bagi jelingan saja, dekat rumah baru pukul. Kalau dekat luar pun dah hentak macam tu, dekat rumah macam mana lah..”- netizen.
*Nak jadi ibu bapa pun kena bersedia untuk pikul tanggungjawab ya, bukan setakat melahirkan dan diperlakukan seperti anak patung.
Baca juga: Bayi Menangis 1 Jam Ketika Sleep Training, Ibu Sangka Senyap Tanda Berjaya Rupanya Dah ‘Pergi’
Sumber: Harian Metro, X @NancyShukri
