Menurut laporan dari Parents dan disokong oleh American Academy of Pediatrics (AAP), hukuman fizikal seperti memukul anak bukanlah cara terbaik untuk disiplin anak. Sebaliknya, ibu bapa disarankan menggunakan pendekatan disiplin yang lebih positif termasuk menjadi contoh teladan tingkah laku yang baik.
Menurut pakar neurologi, Dr. Michael Merzenich dari University of California, memukul anak boleh memberi kesan buruk terhadap perkembangan otak, seperti memori, kawalan diri dan pemikiran fleksibel.
Baca juga: “Makanan & Saiz Badan Tak Kena Usia”- Jurulatih Tegur Bapa Abang Aji, Konten Obesiti Dah Melampau
NAK DISIPLIN ANAK BUKAN CARA MEMUKUL, TERUTAMANYA DEKAT 7 BAHAGIAN TUBUH INI!

Foto: freepik
Jika keadaan benar-benar mendesak untuk memberi hukuman (masih tidak digalakkan), ibu bapa perlu tahu dan elakkan daripada menyentuh bahagian-bahagian tubuh yang sangat sensitif ini:
1. Belakang Kepala
Menurut The Royal Children’s Hospital Melbourne, pukulan pada belakang kepala berisiko menyebabkan:
- Gegaran otak
- Masalah penglihatan
- Gangguan pernafasan
- Kejang
- Muntah
- Pengsan atau hilang kesedaran
2. Telinga
Dipetik dari Kids Health, kecederaan telinga boleh menyebabkan:
- Masalah pendengaran (separuh atau penuh)
- Masalah pertuturan dan bahasa
- Gangguan keseimbangan
- Telinga bukan sekadar organ pendengaran, tetapi juga mengawal fungsi keseimbangan badan anak.
3. Pelipis
Pelipis adalah bahagian kepala antara dahi dan telinga yang mempunyai tulang yang sangat nipis. Jika dipukul:
- Boleh menjejaskan saraf penglihatan
- Risiko keretakan tengkorak
- Boleh mengakibatkan kecederaan otak jika hentakan kuat
4. Hidung
Hidung dipenuhi salur darah. Jika terkena pukulan:
- Mudah berdarah dengan banyak
- Risiko kecederaan pada mata, mulut dan tulang muka
- Mungkin perlu rawatan lanjut jika cedera teruk
Menurut Healthy Children, trauma pada hidung perlu diperiksa segera oleh doktor, terutama jika bentuk hidung berubah atau berlaku pendarahan serius.
5. Punggung
Ramai menganggap punggung sebagai tempat ‘selamat’ untuk hukuman fizikal, tetapi:
- Terdapat banyak saraf di kawasan ini
- Risiko kecederaan tisu lembut
- Boleh menyebabkan trauma emosi dan rasa rendah diri
6. Punggung Belakang (Belakang Badan)
Bahagian belakang termasuk tulang belakang menempatkan banyak saraf penting. Jika terkena:
- Boleh mengganggu sistem saraf pusat
- Mengakibatkan ketidakseimbangan badan
- Risiko kecacatan jangka panjang
- Anak kecil pula mempunyai struktur tulang yang masih belum matang — sangat mudah tercedera.
7. Perut
Menurut kajian oleh US National Library of Medicine, perut adalah kawasan berisiko tinggi kerana:
- Melindungi organ vital seperti usus, hati dan pankreas
- Cedera perut boleh menyebabkan pendarahan dalaman
- Boleh membahayakan nyawa jika trauma tidak dirawat

Foto hiasan.
*Kalau anak-anak zaman dahulu lebih terbiasa dengan tindakan memukul dalam mendidik, mungkin bukan zaman sekarang. Jadi, didiklah anak-anak untuk berdisiplin selari dengan zaman mereka supaya bukan ibu bapa yang dipersalahkan..
Baca juga: Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Demam Panas Akibat ‘Disidai’ Hampir 11 Jam Di Wad, Hospital Mohon Maaf
Sumber: National Institute of Health, Hai Bunda
