Euforia Bola 2026
Famili

[VIDEO] “Allahuakbar..” Pengasuh Teresak Menangis, Didakwa Bunuh Kanak-Kanak 3 Tahun!

wanita menangis

Rentetan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun pada 17 Februari lalu, seorang wanita menangis teresak-esak ketika diiring keluar dari Mahkamah Majistret di sini.

Tertuduh yang merupakan seorang pengasuh dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas mangsa, Siti Umairah Tiara Muhammad Naim.

Baca juga: Anak ‘Oversea’ Tapi Ibu Malaysia Kahwin Bapa Warga Asing, Kini Layak Mohon Kerakyatan!

WANITA MENANGIS TERESAK ATAS DAKWAAN MEMBUNUH

wanita menangis

Gambar Sinar Harian: Nur Nabilah (tengah) diiring anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret di sini selepas dihadapkan ke mahkamah itu atas tuduhan membunuh kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun pada 17 Februari lalu.

Nur Nabilah Seikh Ruslan, 32, yang merupakan tertuduh sebelum itu mengaku memahami pertuduhan namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Siti Umairah Tiara di sebuah rumah di Lorong Bukit Rangin Damai, Perumahan Bukit Rangin di sini.

Kesalahan itu dilakukan antara jam 6 petang hingga 8 malam pada 17 Februari lalu.

Dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Bagi kesalahan itu, tertuduh dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan serta tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Mahkamah menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh sebutan laporan asid deoksiribonukleik (DNA) kes terbabit.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyah Abdul Wahab di hadapan Majistret Ellyna Othman.

Baca juga: Naik Syahwat Bila Tengok Objek Atau Barang Tertentu, Rupanya Ini Penyakit Objectophilia!

Baca juga: Johan Tegur Pembantu Rumah Untuk Dahulukan Solat & Mengaji, Minta Tinggalkan Kerja

Kesan lebam di kedua-dua belah tangan dan kaki mangsa

Media sebelum ini melaporkan tertuduh bersama suami dan empat yang lain direman bagi membantu siasatan kes pengabaian mangsa yang dilaporkan meninggal dunia pada 20 Februari lalu.

Berdasarkan kenyataan Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu sebelum ini, pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini menerima seorang pesakit kanak-kanak perempuan yang tidak sedarkan diri kira-kira jam 10 malam pada 19 Februari lalu.

Menurutnya, pemeriksaan fizikal ke atas badan mangsa mendapati terdapat kesan lebam di kedua-dua belah tangan dan kaki yang ketika itu ditempatkan di zon merah untuk pemeriksaan susulan.

Bagaimanapun, kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia pada keesokannya.

Baca juga: Tular Gadis Pergi ‘Dating’ Bawa Ibu Bapa Sekali, Ramai Setuju Tindakan Tegas ‘Parents’ Tersebut

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Tangkap layar video BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×