Euforia Bola 2026
Famili

Momen ‘Rare’! Dua Wanita Malaysia Tiba-Tiba Jadi Peserta Running Man Secara Spontan, Netizen Bangga!

running man 2025

Siapa sangka, percutian santai dua wanita Malaysia ke Korea Selatan bertukar menjadi pengalaman luar biasa apabila mereka secara tidak rasmi ‘terlibat’ dalam rakaman rancangan realiti game popular, Running Man 2025.

Siapa sahaja yang tidak meminati dan mengikuti rancangan realiti menghiburkan ini terutamanya rakyat Malaysia, jadi, berjumpa secara berdepan dengan barisan selebriti negara K-Pop itu sudah semestinya pengalaman memukau!

Baca juga: Pelajar Hafizah 10A SPM & Tokoh Sahsiah Terpuji Berucap Dalam Bahasa Jepun Buat Ramai Terpukau, Subarashii!

DUA WANITA MALAYSIA SECARA KEBETULAN ‘JOIN’ RUNNING MAN 2025 DI KOREA, BANTU SELESAIKAN MISI!

running man 2025

Foto dalam rancangan.

Apa yang lebih mengejutkan, pertemuan tidak sengaja ini bukan sekadar dapat melihat barisan selebriti terkenal dari dekat, malah mereka juga berpeluang membantu ‘Ace’ kesayangan ramai, Song Ji Hyo, menamatkan salah satu misi permainan.

Dalam sebuah video yang kini tular di media sosial, kelihatan dua wanita itu begitu teruja apabila berpeluang bertemu dengan Ji Hyo secara langsung.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut terserempak dengan beberapa ahli Running Man lain ketika kru sedang menjalankan penggambaran. Apa yang membuatkan ramai terkejut, kedua-duanya tiba-tiba diajak oleh ahli Running Man untuk menyertai salah satu permainan ikonik rancangan tersebut.

Pada mulanya, reaksi mereka jelas kelihatan terpinga-pinga, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku. Namun, selepas beberapa minit, mereka kelihatan semakin seronok dan akhirnya benar-benar ‘masuk’ dalam permainan.

Lebih manis lagi, pasangan pelancong dari Malaysia itu berjaya membantu Ji Hyo menamatkan misinya di mana orang Korea sendiri tak dapat bantu selesaikan. Detik tersebut disambut dengan sorakan dan gelak tawa mesra daripada ahli Running Man lain.

“Dah Bawa Nama Malaysia Masuk Running Man”- Bangga!

running man 2025

Foto bersama ahli Running Man yang terkenal seluruh dunia!

Menurut perkongsian di tuan badan di Threads @amirahyusoffff, salah seorang wanita tersebut masih sukar mempercayai pengalaman luar biasa itu.

“Random moment gila dalam trip ni. Otak memang loading sebab cuba process betul ke Song Ji Hyo depan mata sekarang,” tulisnya sambil berkongsi beberapa gambar kenangan bersama ahli Running Man.

Bukan itu sahaja, dia juga memuat naik POV video dari kameranya sendiri, membuatkan peminat Running Man di Malaysia lebih teruja untuk merasai pengalaman itu melalui sudut pandangnya.

Tidak mengambil masa lama, video mereka segera menjadi tular dan memenuhi ruangan komen dengan reaksi warganet Malaysia. Rata-rata meluahkan rasa bangga kerana dua anak Malaysia itu berjaya ‘meninggalkan jejak’ dalam program hiburan Korea yang cukup terkenal di seluruh Asia dan paling penting sekali adalah, dua wanita Malaysia ini menunjukkan sikap peramah dan budi bahasa kita.

“Dengan saya goosebumps masa awak jawab (misi) tu. Saya pula yang rasa bangga awak jawab betul,” netizen.

“Sistursssss…proud of you guys. Bestnya tiba-tiba jadi co-participate dengan geng Running man!” netizen.

 

View on Threads

 

Baca juga: 5 Resepi Makanan Korea WAJIB Cuba Kalau Nak ‘Feeling’ Macam Dalam K-Drama

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×