Euforia Bola 2026
Famili

Anak Jati Sabah Cari Rezeki Di Korea Selatan, Sebar Budaya & Dakwah Melalui Masakan

kerja di korea

Anak jati Sabah ini kini mencipta rezeki kerja di Korea, mengejar impian dan pengalaman di perantauan dengan semangat yang tidak pernah luntur.

Mohd Fikri Mohd Jumat, 32, merupakan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia UKM yang kini bekerja sebagai jurutera dalam bidang industri kereta api.

Baca juga: Ibu Dakwa Anak Jatuh Di Rumah Pengasuh, Sampai Tempurung Retak & Berlaku Pendarahan Otak!

ANAK ‘SABAH’ INI KERJA DI KOREA, MERANTAU DEMI PENGALAMAN

KERJA DI KOREA

Anak kelahiran Tawau yang kerja di Korea sejak tahun 2023 ini, menetap di Osong, kira-kira 45 minit dari Seoul menjelaskan bahawa dorongan ahli keluarga membuatkan dia berada di tahap sekarang.

Fikri mula dikenali di laman media sosial selepas tular beberapa video masakannya yang memaparkan dia berkongsi juadah makanan Malaysia kepada rakan sekerja di Korea Selatan.

Bertanya soal menjalani ibadah puasa di Korea, Fikri memberitahu itu bukan satu perkara mudah kerana Korea bukan negara muslim.

Jadi, dia mengambil masa untuk menyesuaikan diri terutamanya ketika musim sejuk kerana lebih dahaga berbanding biasa.

“Cabaran tiada sangat sebab cuaca lebih kurang sahaja cuma sekarang Korea musim sejuk jadi agak dahaga dan haus sikit. Tapi Alhamdulillah, semuanya baik baik sahaja,” jelasnya ketika dihubungi oleh penulis.

Kelebihan yang dimiliki dalam bidang masakan ternyata memberi manfaat kepada diri Fikri kerana dia mampu menyediakan sendiri juadah sahur dan berbuka menggunakan bahan yang halal.

“Saya juga buat ramadan pack untuk rakan sekerja dan ada letakkan mesej berkaitan dengan Ramadan untuk mereka baca. Mula-mula mereka agak terkejut sebab tak pernah tahu pasal puasa.

“Mereka ambil berat pasal saya, tanya keadaan sewaktu bekerja. Alhamdulillah bila dah cerita semua, baru mereka lebih faham,” kata Fikri.

Fikri juga pernah mengajak rakan sekerjanya untuk cuba berpuasa namun masih tidak kesampaian kerana masing-masing penat menjalankan tanggungjawab bekerja.

Memasak jadi pengubat rindu

KERJA DI KOREA

 

Fikri turut memberitahu hobi memasaknya ini merupakan antara cara untuk mengubati rindu pada kampung halamannya selain niat berkongsi rezeki sesama rakan sekerja.

“Bila saya masak, rindu pada masakan arwah ibu akan terubat dan menjadi satu kepuasan untuk saya disamping berkongsi rezeki dapat kenalkan makanan Malaysia dengan rakan sepejabat,” luahnya.

Walaupun 2025 merupakan tahun pertama beraya di Korea namun tidak menghalang Fikri untuk menyediakan pelbagai juadah Malaysia.

“InsyaAllah, saya akan beraya di kedutaan Malaysia di Seoul. Pastinya ramai Komuniti Muslim di sana nanti dengan bermacam-macam menu Malaysia,” ujarnya.

AMARAN!

Artikel ini merupakan temu ramah eksklusif Sirap Limau dengan pihak terbabit. Jadi, anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di laman portal yang lain tanpa pemberian kredit yang tepat.

Baca juga: Cara Tukar Duit Raya Guna Aplikasi Bank Islam (BIMB), Tak Payah Susah Payah Beratur Panjang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×