Euforia Bola 2026
Famili

Gara-Gara Percaya Teman Wanita, Wang Simpanan KWSP Duda Lesap Semuanya!

WANG SIMPANAN KWSP

Wang simpanan KWSP merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu anda menyimpan duit bagi kegunaan pada hari tua. Simpanan ini juga boleh digunakan untuk membeli rumah, menyelesaikan pinjaman pendidikan dan lain-lain perkara penting.

Walau bagaimanapun, lain pula yang jadi kepada seorang duda ini apabila wang simpanan KWSP dirinya ‘hilang’ dek kerana cinta.

Baca juga: Kajian Dapati Isteri Tertekan Sebab Sikap Suami, Lebih Memeningkan Daripada Anak!

WANG SIMPANAN KWSP DUDA ‘HILANG’, TEMAN WANITA AMBIL

WANG SIMPANAN KWSP

Menerusi perkongsian pengamal perubatan Islam, Hasnan Rili di laman Facebooknya, dia menjelaskan duda tersebut ditipu oleh teman wanitanya.

Lelaki itu dikatakan bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita tersebut setelah sekian lama ‘keseorangan’ tanpa insan tersayang di sisi.

Akibat cinta dan percaya dengan pujuk raya teman wanitanya,  lelaki itu memberi seluruh wang simpanan KWSP yang dicarum bertahun-tahun kepada perempuan tersebut. Namun, nasib tidak menyebelahi dirinya apabila wang tersebut di bawa lari.

Tambah Hasnan lagi, si lelaki juga mengalami tekanan perasaan apabila wang simpanan KWSP tersebut lesap dalam masa satu hari sahaja.

Lebih menyedihkan, dia terpaksa bergantung kepada ubat untuk menenangkan dirinya dan berjumpa pakar psikiatri.

“Tekanan perasaan duit KWSP kena kapur. Kerja berpuluh tahun tapi dalam masa sehari duit simpanan KWSP habis lesap angkara percaya teman wanita.

“Duit sebanyak-banyak teman wanita suruh masukkan semua dalam akaun dia. Kononnya dia akan jaga simpanan selepas berkahwin nanti. Lama menduda, bila bercinta habis semua harta dibagi. 

“Sekarang tekanan perasaan setiap bulan jumpa psikiatri. Makan ubat penenang memikirkan nasib selepas pencen dengan 1 sen pun tak ada. Hati-hati semua. Jangan dah licin baru menyesal,” ujar pengamal perubatan tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf juga menasihatkan agar individu yang terjebak dalam situasi ini untuk segera tampil membuat laporan polis.

Baca juga: ‘Penyondol’ Rumah Tangga Orang Boleh Didenda Atau Dipenjara. Jangan Suka Sangat!

Sumber: Facebook Hasnan Rili & BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×