Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Ayah Jangan Risau, Kantin Sekolah Sepanjang Ramadan Buka Seperti Biasa!

waktu rehat

Setiap tahun, ada sahaja persoalan berkaitan pengoperasian kantin sekolah yang timbul, sebaik tibanya bulan Ramadan. Semua maklum, waktu rehat merupakan ruang untuk pelajar yang tidak berpuasa untuk mengisi perut mereka.

Susulan itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan bahawa kantin sekolah dan sesi persekolahan akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan tahun ini.

Baca juga: Kerap Amalkan Air Zamzam, Penantian 20 Tahun Suami Isteri Berakhir Selamat Timang Zuriat Sulung!

WAKTU REHAT MURID, KANTIN BUKA SEPANJANG RAMADAN

waktu rehat

Gambar NSTP/Hazreen Mohamad: Fadhlina pada sidang media hari pertama sesi persekolahan 2025/2026 di SK Taman Pelangi Semenyih.

Sehubungan itu, beliau memohon semua pihak merujuk dan mematuhi garis panduan yang diterbitkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Sekolah dan kantin sama (beroperasi seperti biasa). Ramadan tetap macam biasa, nak balik awal pun bukan boleh buka puasa awal,” katanya sambil berseloroh selepas meninjau hari pertama sesi persekolahan 2025/2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi Semenyih di sini, pagi tadi.

Baca juga: Idea Derma ‘Uniform’ Terpakai & Gantung Di Ampaian Sekolah Dipuji, Ada Yang Masih Bau Kedai

Baca juga: Waktu Bekerja Jumaat Sepanjang Ramadan, Habis Awal Pada Jam 12.30 Tengah Hari – Sultan Pahang

Ramadan bakal disambut di negara ini selepas hampir dua minggu sesi persekolahan bermula bagi tahun ini.

Fadhlina berkata, KPM mempunyai garis panduan persekolahan termasuk bagi sepanjang bulan puasa yang boleh dijadikan rujukan semua pihak.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya mengambil maklum jika ada keperluan khas bagi isu tertentu yang perlu dilakukan.

Baca juga: Merotan, Guru Besar Atau Guru Terpilih Je Diberi Kuasa & Tak Boleh Buat Pada Murid Perempuan!

Sumber: Berita Harian

FT Image: NSTP / NSTP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×