Baru-baru ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan bahawa waktu operasi sekolah dan kantin adalah seperti biasa sepanjang Ramadan tahun ini.
Difahamkan, tindakan ini dibuat kerana sekiranya anak pulang awal ke rumah, waktu berbuka masih tetap sama iaitu ketika Maghrib.
Baca juga: Jangan Jadi Pentaksub Lelaki Berpakaian Wanita, Makin Disokong Makin Tak Malu!
BEKAS CIKGU TAK SETUJU WAKTU OPERASI SEKOLAH BULAN PUASA

Kosmo
Dua pengumuman daripada Menteri Pendidikan itu telah menarik perhatian bekas guru, Mohd Fadli Salleh di mana dia beranggapan waktu operasi persekolahan dan kantin adalah tidak wajar.
Meminta anak untuk pulang satu jam lebih awal kerana pastinya mereka tidak bertenaga setelah melalui hari yang panjang di sekolah.
“Betul dah tu balik awal pun bukan boleh makan jika berpuasa. Tapi kan, saya rasa puan pun ada anak-anak yang mana anak-anak puan pun pernah lalui Ramadan, berpuasa, pergi ke sekolah.
“Lembik budak-budak tak makan seharian. Balik satu jam awal ini memang membantu dan beri impak pada mereka. Dapat rehat, tidur dan seumpamanya. Apa lagi jika kali pertama belajar puasa. Lagi pun, rutin biasa, balik awal satu jam, bukan awal 4 jam,” jelasnya di laman Facebook.
Seterusnya, Mohd Fadli terus memberi respon mengenai kantin sekolah yang beroperasi seperti biasa terutama di sekolah kebangsaan yang mempunyai bilangan Muslim lebih ramai.
Dia berharap agar kantin tersebut ditutup supaya ibu bapa boleh mengajar anak untuk mula berpuasa selain menghormati rakan sebaya yang sedang menahan lapar dan dahaga.
“Kantin sekolah kebangsaan yang majoriti Muslim, tutup sahaja lah. Melainkan ada permintaan parent yang tinggi terutama untuk murid Tahap 1.
“Sepanjang bulan Ramadan, biasa guru tak kisah murid Tahap 1 tak puasa. Cuma wajib hormati kawan-kawan yang puasa. Mereka nak minum air dalam kelas, kami suruh sorok-sorok. Tak bagi kawan-kawan terliur. Hari demi hari, mereka rasa segan dan akan mula belajar berpuasa,” ujarnya.
Mohd Fadli Salleh berharap perkara ini dapat diambil berat kerana melibatkan ramai pihak seperti peniaga kantin yang akan kerugian akibat tiada sambutan.
Baca juga: Trend Cabar Suami Minum Susu Isteri Makin Menjadi-Jadi, Netizen Kata Loya Tekak Bila Tengok…
Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh
