Euforia Bola 2026
Nur

Perlu Ke Niat Qada Kalau Terlewat Bangun Subuh? Ini Penjelasan Ustaz Azhar

waktu akhir solat subuh

Ramai yang tertanya-tanya, bila sebenarnya waktu akhir solat Subuh dan apa yang perlu dilakukan jika terlewat bangun tidur? Adakah wajib niat qada jika solat dilakukan selepas waktunya?

Menurut penjelasan Ustaz Azhar Idrus, jika seseorang terjaga dari tidur dan terus menunaikan solat Subuh, tidak perlu berniat qada, walaupun waktu Subuh telah pun berlalu.

Baca juga: Alamak! Baru 2 Rakaat Tapi Terbaca Terus Tahiyat Akhir, Adakah Solat Sah Atau Terbatal? Ustaz Perjelas Ini

WAKTU AKHIR SOLAT SUBUH

waktu akhir solat subuh

Gambar: Freepik

Namun, ada situasi tertentu di mana niat qada perlu dilakukan. Contohnya jika sengaja melengahkan solat selepas bangun. Jom kita fahami penjelasan penuh untuk elakkan kekeliruan.

“Bila waktu akhir untuk solat Subuh dan perlu ke niat qada jika terlewat bangun dari tidur?”

Menurut Ustaz Azhar, jika anda di dalam situasi terlewat bangun dan terus sahaja pergi mendirikan solat, maka tak perlu niat qada solat.

Contohnya, bangun dari tidur 7.30 pagi kemudian terus pergi ambil wuduk dan mengerjakan ibadah dengan niat solat Subuh.

Baca juga: Selain Solat Sunat Sebelum Subuh, Ini Tips Terbaik Jadikan Dhuha & Isyraq Sebagai Rutin Harian!

Situasi untuk guna niat qada solat

Tambah UAI lagi, niat qada digunapakai apabila setelah bangun dari tidur dan kemudiannya tidak terus mengerjakan solat tetapi membuat perkara lain terlebih dahulu.

“Niat qada itu begini, kita bangun lewat dan tidak solat lagi. Kemudian, contohnya sedar jam dah pukul 8 pagi…kejap lagilah solat 11 pagi untuk buat kerja dahulu kerana sudah berjanji dengan orang.

“Hukumnya tidak berdosa kerana dia tertidur,” jelas beliau lagi.

Makanya nanti, semasa mendirikan solat barulah dipasangkan niat qada.

Baca juga: Turutan Solat & Zikir Seharian Untuk Rezeki Tak Putus, Hidup Lebih Bahagia!

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×