Anak Fila Amir yang dilahirkan pada bulan Mei baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila wajahnya mula dikongsikan di media sosial, namun tidak lama selepas itu, muncul pula komen netizen yang mempersoalkan rupa paras bayi berkenaan yang dikatakan tidak mirip ayahnya, Adama.
WARGANET KOMEN MUKA ANAK FILA AMIR TAK SAMA MACAM SI AYAH

Salah satu komen yang menjadi tumpuan berbunyi, “Kenapa muka baby Fila tak ada langsung muka Adama?”
Menariknya, Fila tidak melatah apabila menerima soalan sebegitu. Sebaliknya, dia membalas dengan tenang dan penuh makna, menunjukkan sikap matang serta ketenangannya sebagai ibu.
“Soalannya pun, macam kita Tuhan pula, manalah kita tau. Kan semua itu ciptaan Allah. Tapi siapa cakap tak sama? Letak gambar Adama sebelah gambar Assara, sebijik tau” jelasnya pendek menerusi video berdurasi kurang satu minit itu.
Balasan tersebut segera meraih perhatian ramai yang memuji cara Fila menjawab kritikan, tidak marah, tetapi tetap tegas dan menyedarkan.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan kata-kata sokongan dan bersetuju bahawa wajah bayi pasangan itu, yang diberi nama Assara, memang ada iras Adama tetapi belum ketara kerana masih bayi.
“Baby ni setiap hari muka akan berubah-ubah. Mula-mula rupa ibu, tak mustahil bila dah besar nanti jadi macam muka ayah pula. Pelik-pelik la soalan orang,” komen pengguna media sosial.
Tahniah buat Fila Amir dan Adama atas kelahiran Assara. Semoga Assara membesar dengan sihat, solehah dan menjadi penyejuk hati buat kedua ibu bapanya.
Baca juga: Akibat Kecuaian Doktor, Jari Cucu Rosyam Nor Alami Cacat Kekal, “Boleh Tak Saya Nak Saman…”
Sumber: TikTok Filadama Camara
