Pempengaruh media sosial, Fila Amir dan suaminya, Adama Mohamed Camara akhirnya bergelar ibu ayah selepas 5 tahun menjalani proses persenyawaan in vitro (IVF).
Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh Fila menerusi laman Instagramnya di mana dia memuat naik beberapa foto menyentuh hati yang menunjukkan gambar bersama cahaya mata pertama.
Baca juga: Siti Jamumall Bercerai Lagi, Kali Ini Suami Lafaz Talak Dua Ketika Buat Live Di TikTok!
FILA AMIR DAN SUAMI TIMANG CAHAYA MATA SULUNG, TAHNIAH

Sehingga kini, Fila dan Adama masih belum mendedahkan nama anak perempuan mereka yang berambut tebal itu kepada umum.
“Asalamualaikum, akhirnya kami bergelar papa dan mama,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Sebelum ini, kedua-dua mereka terbuka berkongsi cabaran dalam menjalani rawatan kesuburan dan antaranya adalah tiub fallopio yang terpaksa dibuang.
Perkongsian menyentuh hati daripada Fila Amir itu pastinya dibanjiri komen warganent dan juga artis tanah air yang mengucapkan tahniah.
Rata-rata pengikut menyatakan rasa terharu dan tumpang gembira atas kehadiran si kecil yang dinanti-nantikan sejak sekian lama.
“Tahniah Fila dan suami. Selamat berpantang dan semoga ibu serta bayi baik-baik sahaja. Anak buah online kami akhirnya dah keluar,” komen pengguna media sosial.
Sekadar info, Fila atau nama sebenarnya, Nurafilah Amir Rusdi mendirikan rumah tangga dengan Adama Mohamed Camara yang berasal dari Guinea.
Pasangan tersebut sering berkongsi momen ketika berada di negara kelahiran Adama yang pastinya mencuri perhatian warganet.
Baca juga: Kadar Kelahiran Di Malaysia Terendah Dalam Sejarah! Berlaku Penurunan Sebanyak 11.5%
Sumber: Instagram Fila Amir
