Aktiviti hisap vape atau rokok elektronik dalam kalangan pelajar sekolah kini boleh dianggap berada pada tahap membimbangkan. Hal ini kerana penjualan rokok ini juga adalah secara meluas malah boleh didapati dengan harga yang murah apabila dibeli secara dalam talian.
Terbaharu dan mengejutkan orang ramai adalah, seorang pengguna media sosial yang juga dipercayai seorang guru, Aftah Nizam melalui laman Facebook Kami Guru Malaysia (KGM) meluahkan rasa risau selepas menangkap salah seorang pelajarnya membawa bahan terlarang itu ke sekolah!
Baca juga: Gaya Hidup Nak Mewah, 53 Ribu Individu Bawah Umur 30 Tahun Tanggung Hutang RM1.9 Billion!
AWAS! RUPANYA ANAK HISAP VAPE, INGATKAN MARKER PEN…

Menurut Majoriti, gambar itu memaparkan rokok elektronik tersebut tidak langsung kelihatan seperti vape yang sering digunakan ramai. Rekaan yang dibuat memang mengelirukan kerana ada yang berbentuk seperti ‘marker pen’, gam UHU dan juga seperti snek coklat.
“Sekilas pandang, vape tu tidak kelihatan seperti vape langsung!”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan kerisauan terhadap isu tersebut dan meminta pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar segera bertindak.
ADA YANG DAH KENA CEKUP!

Contoh rekaan vape lain yang tular.
Seorang pengguna media sosial, Azrul Naiman mendakwa pelajar-pelajar di sekolah sudah semakin berani membawa vape ke sekolah. Malah ada juga yang sudah bercakap ‘dicekup’ oleh guru masing-masing.
“Dah banyak kali tangkap pelajar bawa vape tetapi itulah.. ada saja jenama dan bentuk baharu yang mereka bawa. Sejujurnya yang berbentuk pen marker ini dah banyak kali saya rampas,” tulisnya.
Situasi mencetuskan kerisauan jika anak-anak sudah pandai membeli stok vape yang boleh dibawa ke sekolah dan juga dihisap di rumah. Ibu bapa hanya menyangka bahawa anak sedang menggunakan ‘marker pen’ dan makan snek coklat, namun sebaliknya sedang gian menyedut rokok elektrik!
Sumber: Public Health Malaysia
